[VIDEO] Muka Ada Tumbuh 'Janggut & Misai', Gadis Ini Tak Segan Tayang Keunikan Muka
Dia tetap nampak cantik.
Sudah menjadi kebiasaan buat lelaki memiliki misai dan janggut di bahagian muka. Ada yang menyukainya kerana ia mampu menyerlahkan sisi maskulin mereka.
Tetapi, ada juga yang merasa rimas apabila menyimpan misai dan janggut di bahagian muka mereka kerana lebih suka nampak clean.
Apa-apa pun, terpulang kepada individu masing-masing untuk menjaga keterampilan diri di khalayak ramai.
Namun, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi kisah dirinya yang menarik perhatian ramai.
Kongsi kisah muka ditumbuhi misai dan janggut dari tahun 2018
Menerusi beberapa video perkongsian itu, gadis yang dikenali sebagai Cica menceritakan kisah bagaimana bermulanya pertumbuhan misai dan janggut di persekitaran mukanya.
Menurut gadis itu, pelbagai cara sudah dilakukan untuk menghilangkannya tetapi hasilnya tetap sama.
Malah, dia juga pernah pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memaklumkan dia menghidapi 'hirsutism' iaitu sejenis pertumbuhan bulu lebat di fasa waktu umur yang subur.
Tak segan tunjuk muka di media sosial, malah menganggap ia satu keunikan
Walaupun pernah berdepan dengan pelbagai kritikan, namun dia tetap bersyukur dengan wajahnya. Malah, dia juga begitu yakin untuk menunjukkan keunikan wajahnya di laman sosial.
Biarpun wajahnya sedikit berbeza dengan wanita yang lain, tetapi dia kelihatan masih manis dan cantik dengan gayanya yang tersendiri.
"You're pretty! Mark this in your brain" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji kecantikan luar biasa yang dimiliki oleh gadis tersebut.
Malah, mereka memberikan kata-kata yang positif kepada dirinya untuk tidak merasa terlalu down dengan raut wajahnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 163.1K likes, 5872 comments dan 2604 shares.