seismik

Usaha Prof Dr Ab Aziz Al-Safi Bantu Pesakit Buah Pinggang Diiktiraf 'Asia Book Of Record'

Ia bagi mengiktiraf rawatan yang digunakan mampu memberi kebaikan kepada masyarakat.

Cover image via Aziz Al-Safi Ismail (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengasas dan Pengarah Perubatan Neo Medicare, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi telah menempa sejarah baharu apabila dianugerahkan sijil pengiktirafan 'Asia Book of Records' atas sumbangannya membantu masyarakat terutama pesakit buah pinggang

Pengiktirafan oleh Asia Book of Records ini menegaskan dedikasi beliau dalam memperbaiki kualiti hidup pesakit buah pinggang dan komitmennya dalam bidang perubatan integratif.

Beliau diiktiraf kerana berjaya merawat sejumlah 5,000 pesakit chronic kidney disease (CKD) dalam tempoh 13 tahun yang lalu tanpa memerlukan dialisis. Kejayaan ini telah disahkan pada 16 Mei 2024, yang menandakan pencapaian luar biasa dalam bidang perubatan di Malaysia dan Asia.

Prof Dr Ab Aziz menunjukkan kepakaran luar biasa dalam rawatan CKD dengan menggabungkan rawatan perubatan alopatik konvensional bersama teknik perubatan integratif seperti pengubahsuaian diet, rendaman air panas, rawatan 360 darjah yang diperkenalkan oleh Dr Binwaroop Roy Chowdhury, dan terapi bekam. Semua rawatan ini dijalankan di klinik Neo Medicare di Kota Bharu, Kelantan.

Selain daripada sumbangannya yang luar biasa dalam rawatan CKD, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi juga merupakan mantan Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pakar Perunding Kanan di Pusat Diabetes Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau juga mengetuai Kumpulan Penyelidik Bekam Klinikal USM Kubang Kerian dan merupakan Pengasas serta Penyelaras Kursus Diploma Eksekutif Jurubekam Klinikal di USM.

Pengasas dan Pengarah Perubatan Neo Medicare, Profesor Dr Ab Aziz Al Safi

Image via Aziz Al-Safi Ismail (Facebook)

Terdapat lebih 9,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun yang menjadikan jumlah kini 4.5 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit itu

Dengan menggunakan teknik diagnostik dan rawatan alternatif berasaskan bukti saintifik, setiap masalah kesihatan dikenal pasti dan kemudian menggunakan penyelesaian penjagaan perubatan bersepadu untuk menangani masalah yang dihadapi.

“Daripada pengamatan saya yang mempunyai pengalaman selama 26 tahun sebagai pakar perubatan integratif, doktor dan pensyarah, perubatan moden sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah penyakit kronik terutama penyakit buah pinggang kronik.

“Di Malaysia sahaja terdapat lebih 9,000 pesakit buah pinggang baharu setiap tahun dan jumlah 4.5 juta rakyat Malaysia mengidap masalah buah pinggang. 

"Kehidupan mereka yang menjalani dialisis ini cukup perit kerana perlu menjalani rawatan hampir setiap minggu, malah kosnya sangat mahal. 

"Malah Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang memiliki pesakit buah pinggang dan bergantung dialisis setiap minggu," katanya.

Jelasnya, selain kaedah menjaga diet pemakanan yang ketat selama setahun, proses bekam juga turut digunakan bagi membuang darah kotor dalam badan.

“Rawatan bekam klinikal yang kami tawarkan amat unik kerana ia berpaksikan prosedur operasi standard (SOP) ketat, bersih, selamat dan memberikan kesan perubatan yang positif.

“Lebih menarik, segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya sendiri serta dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan berpengalaman” ujarnya dalam majlis penganugerahan yang berlangsung di hotel Eastin.

Pasukan Kumpulan Neo Medicare pakar dalam menggunakan penjagaan perubatan integratif untuk membantu merawat penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang kronik (CKD), diabetes mellitus dan sindrom metabolik serta penyakit kronik yang lain.

Kumpulan perubatan turut dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan canggih dan termaju seperti hipertermia, ECP dan CTU dan i-tera bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: