seismik

Kenali Chan Ming Youn, Penuntut Berbangsa Cina Yang Berjaya Tamat Kursus Asas Komando ATM

Tahniah Ming Youn, semoga dapat terus berkhidmat buat negara!

Cover image via Berita Tentera Darat Malaysia (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang anak muda Cina yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando hari ini

Leftenan Muda Chan Ming Youn daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) merupakan satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang lulus dan berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu dalam Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Berita Tentera Darat Malaysia di Facebook, memaparkan sembilan pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dianugerahkan beret hijau serta pisau komando dalam perbarisan tamat latihan di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, Melaka pada 28 April 2024.

Menurut Ming Youn, minatnya untuk menyertai latihan komando itu wujud selepas mengikuti program Askar Wataniah ketika menuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman.

Pelajar jurusan perakaunan itu berkata, sebelum ini juga dirinya tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang ketenteraan namun segala-galanya berubah ketika menyertai Askar Wataniah.

"Saya menyertai Rejimen 515 Askar Wataniah dan sejak itu saya dapat segala ilmu, pengalaman dan pengetahuan mengenai bidang ini termasuklah berkaitan Komando.

"Disebabkan mahu mencabar diri, saya sertai latihan asas komando ini dan mahu tunjukkan walaupun saya hanyalah Askar Wataniah tetapi saya juga mampu menjadi seorang Komando," kata pemuda berusia 25 tahun itu.

Kesemua penuntut menerima penganugerahan selepas berjaya menamatkan pelbagai peringkat latihan selama 12 minggu

Jelas Ming Youn lagi, beliau akan menambah lagi pengetahuan serta kepakaran sekali gus mampu menjadi pegawai yang berkualiti seterusnya membawa nama baik Komando.

Difahamkan lagi, kerjaya Ming Youn dalam komando baru sahaja bermula. Selepas ini, beliau akan menyertai kursus asas payung terjun selama sebulan dan bakal menghadiri kursus-kursus kemahiran lain.

Ming Youn (tengah) bergambar kenangan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Image via Berita Tentera Darat Malaysia (Facebook)

Sementara itu, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah dalam ucapannya mengingatkan pegawai dan anggota Komando untuk sentiasa menjaga keagungan Beret Hijau sebagai imej pengendali pasukan khas yang profesional dan kompeten kerana ia adalah maruah dan kebanggaan Gerak Khas.

"Jagalah maruah Beret Hijau ini daripada dicemari dengan perbuatan yang sia-sia kerana kelak akan merugikan atas segala pengorbanan saudara semua yang bertungkus lumus untuk mendapatkannya.

"Adalah amat malang sekali jika Beret Hijau yang dipakai terpaksa dilucutkan secara keji disebabkan salah laku seperti tidak mematuhi arahan atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan peraturan perkhidmatan," katanya.

Tonton video penuh berkenaan di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: