seismik

4 Pelajar Malaysia Berjaya Terpilih & Diterima Masuk Ke Harvard College. Tahniah!

Selamat maju jaya!

Cover image via @lapetitemaligne (Twitter) & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila empat pelajar muda tanah air bakal ke Harvard College, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkenal di seluruh dunia

Image via Eternity News

Empat pelajar Malaysia berkenaan terdiri daripada Bryan Lim, Victor Ngow, Thamini Vijeyasingam dan Elisa See.

Mereka merupakan dalam kalangan 15.4% pelajar antarabangsa terpilih dari 94 negara yang akan ke kelas sarjana tahun 2028 di Harvard College di Amerika Syarikat.

Menurut penemuduga Alumni Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, institut pengajian tinggi Liga Ivy itu menerima 1,937 pelajar daripada 54,008 yang memohon, dengan kadar penerimaan 3.59%.

Berikut di bawah antara info ringkas mengenai para pelajar yang terpilih ke Harvard College ini!

1) Bryan Lim

Merupakan pelajar International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dari Garden International School. Beliau memilih bidang Sains Komputer dan Matematik Gunakan sepanjang pengajian. 

Setakat ini, pencapaian Bryan adalah sebagai perwakilan Malaysia dalam Olimpiad Matematik dan Sains Komputer di samping aktif sukan bola keranjang junior.

2) Thamini Vijeyasingam

Tamat pendidikan menengah di ELC International School. Menjadikan bidang Ekonomi dan Falsafah sebagai pembelajaran masa depan.

Pencapaian Thamini adalah menjalani latihan amali di sebuah agensi berita dan KAF Investment Bank, aktif dalam debat serta menyerta pertandingan Model United Nations.

(Dari kiri atas ke kanan bawah) Thamini Vijeyasingam, Bryan Lim, Victor Ngow dan Elisa See.

Image via FMT

3) Elisa See

Graduan Marlborough College Malaysia. Bidang pengajian dipilih adalah Sains Politik dan Ekonomi atau Sains Komputer. 

Pencapaian diraih Elisa ialah mengikuti latihan amali di pelbagai organisasi termasuk pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Selangor, Michelle Ng Mei Sze dan gerakan Undi 18.

4. Victor Ngow

Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Memilih Sains Alam Sekitar dan Dasar Awam atau Kejuruteraan Alam Sekitar sebagai pilihan pengajian. Pencapaian pelajar hebat ini adalah mencipta sel biobahan api mikro untuk pertandingan kimia dan terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan, Project ID.

Sebagai rekod, Universiti Harvard yang terletak di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat merupakan salah satu universiti tertua, berprestij, terpilih dan paling kaya di dunia.

Universiti ini bukan sahaja menerima kemasukan pelajar dari Amerika Syarikat tetapi turut mengambil kelompok pelajar cemerlang dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Dalam QS World University Rankings 2024 pula, universiti tersebut menduduki kedudukan keempat.

Lihat posting penuh di bawah:

Apa pun pencapaian yang mereka kecapi ketika ini sudah pastinya membanggakan semua pihak. Tahniah dan semoga maju jaya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: