seismik

Dua Pelajar Malaysia Ini Bakal Melanjutkan Pengajian Sarjana Di Kolej Harvard. Tahniah!

Aqil dan Zad akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi universiti ternama itu bagi tahun 2024.

Cover image via Twitter @lapetitemaligne & Bloomberg

Dua orang pelajar Malaysia bakal menuju ke Harvard College, sekolah sarjana bagi Universiti Harvard yang terkenal di dunia

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kolej itu, dua pelajar berkenaan bernama Mohamed Aqil bin Azmi dan Zad Chin Qi Qi. Mereka akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi universiti ternama itu bagi tahun 2024.

Image via Rojak Daily

Aqil yang berasal dari Shah Alam merupakan pelajar yang aktif dalam perdebatan dan sukan tenis dari Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, bakal mengambil jurusan Matematik dan Falsafah di kolej di Massachusetts, Amerika Syarikat itu.

Image via Rojak Daily

Zad Chin Qi Qi yang berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan pelajar SMJK Ave Maria Convent, Ipoh itu pula bakal meneruskan pengajian dalam jurusan Sains Komputer dan Pengajian Sosial.

Pada masa ini, kedua Aqil serta Zad sedang mengikuti pengajian A-Levels di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin dan masing-masing merupakan penerima biasiswa dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Yayasan Khazanah.

Aqil dan Zad akan memulakan pengajian peringkat sarjana mereka di Harvard apabila kolej berkenaan dibuka semula bagi tahun akademik yang baru.

Buat yang tidak tahu, kemasukan ke Harvard College, yang merupakan antara sepuluh universiti teratas dalam senarai ranking adalah sangat susah dan kompetitif

Untuk kemasukan ke kelas 2024 sahaja, terdapat sejumlah 40,248 pemohon namun hanya 1,980 pelajar berjaya diterima. Ini bermakna kadar kemasukan adalah hanya pada 4.9%. 

Image via Harvard Edu

Bukan itu sahaja, daripada jumlah ini, hanya 10.8% sahaja pelajar antarabangsa yang akan dipilih menjadikan kemasukan Aqil dan Zad adalah sangat membanggakan.

Kali terakhir pelajar Malaysia dimasukkan ke Harvard adalah pada tahun 2017.

Kami di SAYS Seismik mengucapkan tahniah kepada Aqil dan Zad. Semoga terus maju!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi beberapa rakyat Malaysia yang pernah membanggakan negara:

You may be interested in: