seismik

Pelajar Malaysia Ini Dinobat Pelajar Terbaik 'Biomedical Engineering' Di Universiti Di US!

Dah lah cantik, pandai pula tu. Bravo!

Cover image via e-Warta MARA

Sebelum ini, dua pelajar dari Malaysia telah sama-sama mengharumkan nama negara dengan mendapat CGPA cemerlang dalam bidang masing-masing di Universiti di Amerika Syarikat!

Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, yang merupakan seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Image via Kosmo

Bukan itu sahaja, Saiful juga telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences’  di Pegula Ice Arena dan merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut dengan keputusan penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

Selain itu, Maryam Balqis Abdul Rashid, juga telah memperoleh keputusan CGPA 4.0 di Arizona State Universiti (ASU), Arizona, Amerika Syarikat dalam bidang ‘Sustainability’ (Kelestarian), yang merupakan kursus pertama ditawarkan di universiti berkenaan.

Image via e-Warta MARA

Di samping itu, pelajar berusia 23 tahun itu merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kini seorang lagi pelajar dari Malaysia telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Rutgers University, New Jersey, Amerika Syarikat, dalam bidang Biomedical Engineering

Menurut laporan e-Warta MARA yang memetik MARA Washington, Nurul Jannah Binti Zamberi, 23, telah menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh CGPA 3.95.

Image via e-Warta MARA

Bukan itu sahaja, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu turut memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan sebagai Samuel Welkowitz Award  serta berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar “Matthe Leydt Society” dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey, Amerika Syarikat.

Nurul Jannah merupakan antara pelajar lepasan MRSM Tun Ghafar Baba yang melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California. Setelah menamatkan zaman persekolahannya di MRSM, dia kemudiannya meneruskan pengajian di dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun lalu melanjutkan pengajian Bsc in Biomedical Engineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.

Nurul Jannah memilih bidang Biomedical Engineering kerana dia amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik

Memetik sumber maklumat Pejabat MARA Washington, “Beliau mengambil dan memanfaatkan peluang ini dengan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan malah Nurul turut terpilih sebagai Undergraduate Research Assistance oleh universiti ini.”

Image via e-Warta MARA

Antara tajuk penyelidikan beliau ialah “Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury”, “Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias, dan pada tahun akhir pengajian, beliau menjalankan Senior Design Group Project bertajuk “Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device”.

Memang betul-betul power pelajar-pelajar Malaysia ini, bukan?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment