Pelajar Malaysia Ini Raih Anugerah Tertinggi Universiti Berprestij Di USA Dengan CGPA 4.0!

Benar-benar membanggakan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Twitter @saifulhakimii

Seorang pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat

Perkara ini telah diumumkan JPA dalam satu kenyataan menyatakan, Muhamad Saiful Hakimi Daud yang berusia 24 tahun itu telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada Jumaat, 3 Mei, yang lalu.

Jelasnya lagi, pelajar yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, itu merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah tersebut dengan keputusan penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

Image via Kosmo

Image via JPA

JPA berkata wakil Pennsylvania State University memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi

"Pelajar itu yang ditaja bermula Ogos 2015 hingga Julai tahun ini mengikuti pengajian jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Petroleum dan Gas Asli," jelasnya.

Lihat video penganugerahan Muhamad Saiful Hakimi di bawah:

Pelajar berkenaan telah menzahirkan rasa syukur di atas anugerah yang diterima daripada universiti berkenaan

"Segala ilmu yang diperolehi di sini pastinya menyiapkan saya untuk menjadi seorang jurutera yang mampu menilai secara kritis sebarang keputusan kejuruteraan.

"Terima kasih kepada JPA yang menaja pengajian saya serta Pennsylvania State University di atas peluang yang diberikan," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Utusan.

Image via null

Kami di SAYS Seismik mengucapkan tahniah dan syabas dengan pencapaian Muhamad Saiful Hakimi!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik: