Janushaa, 19, Wanita Malaysia Pertama Diterima Ke Akademi Tentera Laut A.S. Syabas!

Girl power!

  • Cover image via Cleo

Walaupun hanya berusia 19 tahun, pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini telah mencipta sejarah negara apabila menjadi pelajar wanita pertama Malaysia yang akan didaftarkan di Akademi Angkatan Laut Amerika Syarikat (USNA)

Image via MalaysiaKini

Janushaa Bala Krishnan Muthiah akan menyertai program diploma empat tahun ini di Akademi Tentera Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat, bersama-sama dengan kadet lain dari seluruh dunia.

Dia yang merupakan pelajar kejuruteraan dari UPNM telah menjadi salah satu daripada 15 pelajar yang dipilih daripada lebih 157 buah negara.

Kedutaan U.S. di Kuala Lumpur telah mencatatkan ucapan tahniah kepada Janushaa di laman Facebook rasminya, memuji wanita itu diatas pencapaiannya yang menakjubkan.

Satu majlis khas telah diadakan di SK Clifford Hall, Kuala Lipis, Pahang, bulan lepas bagi meraikan kejayaan Janushaa.

Majlis tersebut dihadiri oleh Duta AS, Kamal Shirin Lakhdir yang turut menyerahkan Janushaa dengan surat penerimaannya.

Image via Raaga

Menurut Raaga, Janushaa mengiktiraf orang-orang tersayang atas dorongan mereka yang membantu menjadikan impiannya itu suatu realiti

Dia berkata: "Saya berharap satu hari nanti saya akan menjadi juruterbang profesional, untuk membuktikan bahawa jantina bukan penghalang untuk mencapai impian kita.

"Saya juga berharap untuk menjadi pemangkin yang berjaya," tambahnya lagi.

Tahniah Janushaa! Make us proud!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment