seismik

Pelajar Malaysia Harumkan Nama Negara, Dapat CGPA ‘4 Flat’ Di Universiti Amerika Syarikat!

Syabas!

Cover image via e-Warta MARA

Kecemerlangan yang dikecapi pelajar Malaysia, Maryam Balqis Abdul Rashid, kerana memperoleh keputusan CGPA 4.0 di Arizona State Universiti (ASU), Arizona, Amerika Syarikat benar-benar membanggakan negara!

Maryam yang baru sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ‘Sustainability’ (Kelestarian) juga adalah salah seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di universiti di Amerika Syarikat itu.

Lebih menarik lagi, kursus yang diambil oleh Maryam merupakan kursus pertama diadakan di ASU. Mahasiswi itu berjaya mengekalkan keputusan cemerlang sepanjang pengajiannya, menurut e-Warta Mara.

Image via e-Warta MARA

Menurut sumber maklumat daripada Pejabat MARA Washington, sebaik sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Maryam yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, itu telah melanjutkan pengajian asasi dalam program Asas Ijazah Amerika di Kolej INTEC, Shah Alam.

“Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Kelestarian di ASU yang juga kursus pertama ditawarkan di universiti berkenaan,” kata portal itu lagi.

Bukan itu sahaja pandai dalam akademik, tetapi pelajar berusia 23 tahun itu juga sangat aktif dalam kokurikulum, malah telah memenangi beberapa anugerah atas pencapaian beliau di ASU

Pelajar itu telah memegang jawatan School of Sustainability Ambassador, Presiden Honor Society of Sustainability, Setiausaha untuk Malaysia Students Association dan Director of Service untuk Alpha Kappa Psi malah menerusi lantikan jawatannya di Alpha Kappa Psi, beliau telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD 5,600 untuk Arizona Association for Foster & Adoptive Parents.

Hasil daripada usaha ini, Alpha Kappa Psi telah dianugerahkan Presidential Volunteer Service Award kerana telah menjalankan seribu jam aktiviti sukarelawan.

Di samping itu, Mariam banyak menjalankan kajian melestarikan alam seperti kajian kelestarian global dalam aspek pelancongan dan perikanan di Lombok, Indonesia

Antara kajian gadis itu adalah mengkaji kaedah pihak Los Angeles dalam menangani isu perubahan iklim serta membuat garis panduan atau “toolkit” untuk kerajaan Mexico menangani isu transformasi, adaptasi, kemantapan dan kelestarian.

Ekoran kajian terbabit, Maryam telah menerima beberapa anugerah termasuklah ‘Community Assistant of the Year’, ‘Outstanding Graduate Award Spring 2019’ oleh Fakulti Kelestarian dan Persatuan Alumni ASU, ‘Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Perdana Scholar Awards 2018’, dan ‘Frasier Global Mentorship Program’ yang akan berlangsung di Washington, D.C. pada bulan ini, Mei 2019.

Dilaporkan juga bahawa Maryam bakal melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana dalam kursus “Sustainability Solutions” pada bulan Ogos ini.

Kami di SAYS Seismik mengucapkan tahniah dan syabas dengan pencapaian Maryam Balqis!

Image via e-Warta MARA

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum ini, Saiful Hakimi telah banggakan negara dengan keputusan cemerlangnya!

Leave a comment