"Pelawak-Pelawak Sampah!" - Diva AA Maki Ahli Sepahtu Sebab Tak Pergi Majlis Nikah Mamat?
Apa kes pula ni?
Umum mungkin sudah mengetahui bahawa bekas ahli kumpulan Sepah, iaitu Mamat sudah selamat mendirikan rumah tangga pada Ahad lalu
Memetik laporan Astro Gempak, pelawak yang pernah popular bersama Jep dan Shuib itu telah sah bergelar suami kepada anggota polis IPD Shah Alam yang dikenali sebagai Diana Ibrahim.
Pasangan itu telah dinikahkan pada malam Ahad di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor kira-kira jam 8.00 malam dengan sekali lafaz.
Namun di sebalik pernikahan pelawak itu, timbul pula perkara yang kurang menyenangkan apabila seorang pengacara kontroversi seolah-olah kurang berpuas hati apabila tidak melihat kelibat Jep dan Shuib di majlis itu.
Ia merujuk kepada satu tweet yang dimuat naik oleh Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA hari ini
Menerusi satu tweet yang dibuat Diva AA itu, dia dilihat seolah-olah 'berang' terhadap ahli yang sama-sama berjuang bersama Mamat suatu ketika dahulu apabila mereka tidak menghadiri majlis pernikahan tersebut.
Menggelarkan 'mereka' sebagai 'pelawak sampah', Diva AA juga turut menyifatkan ia sebagai 'kawan makan kawan'.
Terdahahulu, pengacara itu dilihat turut hadir pada majlis pernikahan Mamat yang berlangsung semalam dengan memuat naiknya di laman Twitter.
Namun menerusi satu posting yang dimuat naik oleh Shuib di laman Instagram miliknya, dia ada menjelaskan sebab tidak dapat hadir ke majlis pernikahan rakannya itu
Dalam posting tersebut, Shuib berkata dia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis itu kerana terlibat dengan sesi rakaman Sepahtu Reunion Al Puasa pada hari yang sama.
Turut menitipkan doa buat rakannya, Shuib dalam pada itu meluahkan rasa gembira apabila kesemua ahli kumpulan Sepah akhirnya sudah mendirikan rumah tangga.