[VIDEO] "Jangan Stress Nanti Kena Strok" - 'Mesej' Cik B Untuk Azwan Ali Ini Memang Win!
Lawak la Cik B!
Beberapa hari sebelum ini, industri hiburan tanah air kecoh dengan kontroversi membabitkan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) bersama selebriti, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA
Kontroversi itu dipercayai tercetus apabila Diva AA dikatakan tidak berpuas hati mengenai soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah karnival yang dianjurkan DSV baru-baru ini.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Diva AA kemudiannya memuatnaik satu video yang didakwa mempersenda dua anak DSV yang telah meninggal dunia dalam sebuah kebakaran beberapa tahun lalu selain turut didakwa melakukan ‘body shaming’ terhadap anak perempuannya, Cik B.
Susulan itu, DSV pada Isnin telah menuntut permohonan maaf daripada Diva AA berhubung perkara tersebut dan kurang daripada tempoh 24 jam, semalam Diva AA secara terbuka telah memohon maaf kepada pihak DSV bagi menyelesaikan kemelut itu.
Namun semalam, sebuah video pendek telah viral di laman Twitter yang memperlihatkan Cik B memberikan pesanan ringkas kepada Diva AA sehingga membuatkan netizen terhibur
Menerusi video berdurasi 0:45 saat itu, Cik B dilihat sedang ditemu-ramah oleh seorang wartawan dipercayai berkaitan kontroversi tersebut.
Di dalam temu-bual itu, Cik B telah meninggalkan pesanan ringkas kepada Diva AA selepas diminta oleh wartawan lelaki berkenaan.
"Uncle Azwan Ali, please jangan selalu stress, jangan selalu mencarut sebab nanti kalau kita selalu stress, kita macam dapat strok," kata Cik B.
Pesanan 'win' Cik B terhadap Diva AA itu telah membuatkan rata-rata netizen yang menontonnya terhibur dan berdekah
Namun, mereka juga turut memuji tindakan Cik B itu yang disifatkan sebagai sesuatu yang positif dilakukan oleh seorang insan yang masih muda.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih daripada 15 ribu RT dan 18 ribu tanda suka.