seismik

"Sayalah Jadah Tu" - Terciduk Diva AA Dengan Respon Naim Daniel Sampai Padam Tweet

Ini kes tak mengenang budi ke ni?

Cover image via Instagram @naimdanielx | & Media Hiburan

Umum mengetahui bahawa Naim Daniel telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-34 (#AJL34) yang berlangsung dua hari lepas, 9 Februari 2020

Pertaruhan Naim Daniel membawakan lagu hit Sumpah ternyata berhasil apabila dinobat sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 bersama trofi dan juga hadiah lain.

Kemenangan Naim Daniel ini nampaknya tidak menerima sebarang kritikan hebat kerana ramai sudah menjangka bahawa lagu Sumpah mempunyai potensi besar untuk bergelar juara sebelum #AJL34 berlangsung.

Dalam pada tidak ada orang yang mempertikai kemenangan Naim Daniel, tiba-tiba muncul Azwan Ali dengan satu tweet panas

Azwan Ali atau lebih terkenal dengan gelaran Diva AA menerusi Twitter memuat naik satu tweet menggelar Naim Daniel sebagai 'artis sangkak negara', selain bertanya kepada orang ramai siapakah 'jadah' yang menjuarai #AJL34 tersebut.

Selepas tweet tersebut tular, Naim Daniel tampil dan begitu tenang membalas kenyataan Diva AA berkenaan, siap mulakan dengan ucapan salam

Menurut Naim Daniel, dialah 'jadah' yang menyokong kempen Pilihan Raya ke-14 Azwan Ali pada tahun 2018 lalu.

Naim Daniel turut mengakui masih banyak perkara yang perlu dia pelajari, kemudian mengakhiri tweet beliau dengan sebaris doa untuk Azwan Ali.

"Terciduk Diva AA." - netizen

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hahaha boleh tahan cikgu ni:

You may be interested in: