seismik

Geram Punya Pasal, Guru Ini Bagi Pop Kuiz Tentang BTS Pada Anak Murid Sebab Kutuk Kpop

Jangan main-main dengan Kpopers dan juga ARMY.

Cover image via google & Twitter @kirsten

Siapa je yang tak kenal dengan boy band Kpop popular, Beyond The Scene atau lebih dikenali sebagai BTS

BTS.

Image via Google

Menariknya, kumpulan yang dianggotai oleh tujuh orang ahli iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook itu pada mulanya berasal dari label kecil yang tidak dikenali ramai iaitu Big Hit Entertainment. 

Namun, berkat kerja keras mereka yang tidak kenal erti lelah, label tersebut kini berdiri setanding dengan label-label gergasi di Korea Selatan iaitu SM Entertainment, JYP Entertainment dan juga YG Entertainment. 

Big Hit Entertainment.

Image via KpopHerald

Bagaimanapun, walaupun mempunyai ramai peminat yang turut digelar Army, sebenarnya mereka juga mempunyai ramai haters

Disebabkan terlalu banyak spotlight yang diberikan kepada BTS membuatkan non-kpopers menyampah dengan boy band tersebut termasuklah dengan Army sekali. 

Ada sahaja yang dibuat oleh kumpulan itu tidak kena di mata mereka. 

BTS Army.

Image via imgur.com

Terbaru, viral di laman Twitter mengenai seorang guru bahasa Inggeris yang membalas dendam terhadap anak muridnya kerana mengutuk Kpop

Menerusi perkongsian pengguna Twitter yang dikenali sebagai Kirsten menunjukkan satu video tiktok seorang guru bahasa Inggeris yang melakukan pop kuiz terhadap anak muridnya. Apa yang mengejutkan, semua soalan adalah berkisarkan BTS!

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu telah mendapat 22.1 ribu retweets dan 67.1 ribu likes

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Bahasa: 

"Guru bahasa Inggeris ini bagi seluruh kelasnya pop kuiz berkaitan BTS kerana mereka tidak hormatkan BTS dan Kpop. Peh, ini satu-satunya kuiz yang saya akan cemerlang," tulisnya. 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai terutamanya Army. Apa yang lucu apabila ada juga turut cuba menjawab kuiz tersebut!

Bahasa: 

"Cara yang bagus untuk mengajar erti hormat. Ini sepatutnya menjadi satu norma kepada semua komen kanak-kanak yang rasis dan seksis. Anda rasis? kuiz tentang negara paling dibenci. Anda seksis? Kuiz tentang pencapaian wanita," tulisnya. 

Bahasa:

"Guru bahasa Inggeris terbaik," tulisnya.

Bahasa: 

"Jangan takut dengan ibu bapa. Saya pun seorang guru dan perkara pertama yang saya ajar anak murid saya adalah sifat tolak-ansur dan hormat-menghormati. 

"Tiada siapa boleh tidak mempedulikan sesiapa kerana perbezaan warna kulit, orientasi seksual, agama dan juga pilihan muzik. Diskriminasi tidak patut diterima di mana-mana level pun," tulisnya. 

Bahasa:

"Saya nak ambil ujian ini," tulisnya.

Bahasa:

"Bro, ini satu-satunya ujian yang saya akan dapat 100%," tulisnya. 

Kreatiflah cikgu ni! Apa-apapun, kita tidak sepatutnya mengecam minat seseorang itu sebab semua orang ada pilihan masing-masing kan?

Spread love, not hate!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: