seismik

"Baju Outing MRSM" - Reaksi Netizen Bila Taehyung BTS Pakai ‘Baju Batik’ Ini Memang Lawak!

Nampak pelik bila 'tuck in' baju batik.

Cover image via Twitter @syihax

Kain yang bercorak batik merupakan sebahagian dari budaya Melayu Nusantara dan wajar dibanggakan

Di Malaysia, baju bercorak batik wajib dipakai pada setiap hari Khamis buat pekerja-pekerja sektor awam, baik lelaki mahupun perempuan.

Image via SAYS

Kain batik selalunya dijadikan baju kemeja buat lelaki manakala bagi wanita pula kain batik akan dijadikan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, baju batik juga dianggap sebagai baju formal dan sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis-majlis rasmi serta kenduri kahwin.

Baru-baru ini tular di laman sosial seorang artis dari Korea Selatan mengenakan baju batik yang ternyata telah menarik perhatian ramai orang

Sebenarnya baju yang dipakai artis Korea, Kim Taehyung dari kumpulan Kpop terkenal BTS itu adalah dari jenama antarabangsa iaitu Farfetch.

Image via twimg.com

Namun begitu, gambar yang pada asalnya dimuat naik oleh pengguna Twitter, @chocojjinpangV dan kemudiannya dikongsikan semula oleh @syihax disertai dengan caption, “Baju mesyuarat PIBG” membuatkan ia meraih perhatian ramai.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

Image via Twitter @syihax
Image via Twitter @syihax

Jangan lupa untuk pakai baju batik setiap hari Khamis, ok!

Image via Pinterest

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cool betul mak ayah gadis ini!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: