seismik

Ditegur Wajah Mirip Lee Dong Wook, PU Azman Spam Komen Di Setiap IG Post Bintang Korea Itu

Kelakar sebab komen semua tulis dalam loghat nogori.

Cover image via Instagram @pu_azman Instagram @leedongwook_official

PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu

Bermula daripada itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas, pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan.

Image via Iluminasi

Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam beberapa telefilem dan drama televisyen. Paling terbaru ialah drama Sweet Dreams yang mana beliau berperanan sebagai Tuan Fadhil iaitu bos merangkap bakal bapa tiri tunggak utama siri itu iaitu Mira Filzah.

Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.

Tatkala menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan warganet berkaitan hal keagamaan, beliau pasti akan selitkan sekali unsur jenaka membuatkan ramai tidak kering gusi. Tak percaya? Lihat sendiri di Instagram miliknya.

PU Azman yang sememangnya aktif di Instagram pernah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang pelakon Korea Selatan iaitu Lee Dong Wook

Pada ketika itu, ternyata gambar tersebut telah menarik perhatian warganet yang mana ramai beranggapan wajah mereka mirip satu sama lain.

Ternyata ramai yang bersetuju dan rata-rata warganet mengakui persamaan wajah PU Azman dengan pelakon Korea tersebut.

Baru-baru ini, PU Azman sekali lagi telah menghiburkan orang ramai apabila kelibat komennya dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik pelakon Korea berkenaan di Instagram

Perkara itu telah disedari seorang pemuda yang kemudiannya dikongsikan di laman Twitter.

Setiap posting sama ada berbentuk gambar mahupun video yang dikongsikan Lee Dong Wook, ada sahaja komen yang akan ditinggalkan PU Azman. Menariknya, PU Azman akan menggunakan loghat Negeri Sembilan dalam setiap komennya, ibarat seperti berbual dengan 'member'. 

Meskipun komen berkenaan tidak dibalas semula aktor itu, namun PU Azman seronok menitip begitu banyak komen sejak beberapa bulan lalu dan posting terbaru juga tidak terkecuali. Boleh baca sendiri komen-komen itu di bawah!

Ramai juga yang terhibur dengan telatah pendakwah bebas itu.

Yang tengah stress itu bolehlah pergi usha IG Lee Dong Wook, baca komen yang ditinggalkan PU Azman.

Lawak, memang lawak!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment