seismik

Dulu Kahwin 'Koboi' Di Msia, Kali Ini Pengantin Nyanyi Sendiri Lagu Korea Ketika Resepsi

Omo....comel sangat!

Cover image via Instagram @iamfadhi

Perkara yang paling membahagiakan buat insan yang bercinta apabila hubungan tersebut berakhir dengan ikatan perkahwinan

Siapa je yang tak berseri-seri di hari perkahwinan mereka bukan? Dalam pada itu, sudah menjadi satu trend di mana pengantin akan berbuat sesuatu yang istimewa semasa majlis resepsi mereka.

Antara yang sering kita lihat adalah persembahan nyanyian, tarian dan macam-macam lagi. Romantik habis! 

Baru-baru ini, muncul pula video mengenai wanita ini iaitu Fadhi yang menyanyikan lagu Korea semasa majlis resepsinya sendiri di Korea Selatan

Suaminya merupakan warganegara Korea Selatan dan majlis resepsi tersebut diadakan di daerah Daejon pada 2 November 2019. 

Dia menyanyikan lagu I'm In Love, nyanyian asal oleh Narsha dalam video yang dikongsi pada 22 November 2019 itu. Setakat ini, video tersebut sudah meraih lebih 160 ribu tontonan. 

Lihat video penuh di bawah:

"Nyanyian ini tidak sebaik seperti waktu saya menyanyi di pusat karaoke kerana tidak begitu sihat namun saya masih ingin berkongsi dengan semua. 

"Semoga anda semua boleh bertahan mendengar nyanyian saya walaupun ada pitching lari sana sini," tulisnya di ruangan description

Susulan itu, kelihatan ramai yang memuji wanita tersebut malah turut mendoakan pasangan tersebut bahagia ke Jannah!

Lebih menarik, dia turut berkongsi tentang majlis resepsi yang telah dijalankan di Malaysia pada 5 tahun yang lalu. Ia begitu ringkas namun bermakna.

"Sebelum majlis Korea kejap lagi, Kafad nak cerita sikit, 5 tahun lepas, dengan baju tak sampai RM400 2 pasang, takde hantaran, pelamin pasang malam sebelum nikah oleh kawan-kawana dan sedara mara.

"Kawan-kawan rewang sama-sama dengan ibu ayah masak lauk jamu tetamu tak sampai 150 orang, cincin pun beli tak sampai RM500, gambar kahwin pun harapkan kawan2, bak kata orang kahwin koboi.

"Alang-alang tahun ni buat resepsi, teringin la nak shooting cantik-cantik. Jadinya, haritu kan dah photoshoot indoor Korea, kami sambung pulak shoot Malaysian style konsep 'nikah re-enactment' menggamit memori gitu," tulisnya.

Sweet betul! Semoga perkahwinan mereka kekal ke Jannah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kepada mereka yang nak ambil mood kahwin boleh baca artikel ini:

You may be interested in: