[GAMBAR] Pasangan Ini Mengabadikan Foto Kahwin Walau Dalam Keadaan Banjir. Terpukau Habis!
Ini yang dinamakan, 'Lautan banjir pun tetap aku redah...'!
Majlis perkahwinan adalah antara acara terpenting dalam hidup seseorang, baik lelaki mahupun perempuan
Oleh yang demikian, adalah penting agar acara ini dirakam untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. Maka, seorang jurugambar memainkan peranan penting bagi mengabdikan momen terindah ini.
Mereka yang bekerja sebagai jurugambar perlu sentiasa bersedia dalam apa jua situasi yang tidak dijangka akan datang. Mereka perlu cepat dalam mempunyai backup plan untuk mengatasi apa sahaja rintangan.
Baru-baru ini viral di laman sosial gambar sepasangan mempelai terpaksa melakukan sesi mengambil gambar dalam keadaan banjir.
Walau bagaimanapun, hasilnya tetap memukau!
Ternyata hari perkahwinan buat pasangan mempelai, Syed Busri dan Heedayah ini akan menjadi antara hari yang bukan sahaja indah tetapi akan diingati mereka selama-lamanya.
Manakan tidak, pada hari istimewa mereka, hujan telah turun dengan lebatnya sepanjang hari dan juga pada malam sebelumnya menyebabkan paras air naik mendadak akibat limpahan air dari Sungai Golok.
Meskipun begitu, kedua-duanya tetap memutuskan untuk meneruskan majlis perkahwinan mereka dan masing-masing rela menyeberangi air menggunakan bot dengan bantuan keluarga, saudara-mara, serta rakan-rakan.
Ekoran kejadian tersebut, adalah menjadi tugas jurugambar untuk memastikan saat-saat indah itu berjaya dirakam. Mujur, gambar-gambar yang dirakam jurugambar, Meen Photographer, menjadi dan hasilnya bukan sekadar rare bahkan menakjubkan!
Berikut adalah antara gambar yang dikongsikan Meen Photographer di laman Facebook miliknya: