10 Tahun Lalu Main-Main Kahwin, Hari Ini Betul-Betul Kahwin. #10YearChallenge Paling Cute!

Lokman dan Alyn merupakan rakan sekelas sejak darjah satu.

Cabaran #10YearChallenge yang kini sedang tular di laman sosial menyaksikan pelbagai perkongsian menarik daripada semua golongan masyarakat

Cabaran ini sangat mudah kerana anda hanya memerlukan untuk kongsikan gambar anda daripada tahun 2009 dan membuat perbezaan dengan gambar anda yang terkini.

Ramai yang turut sama menyertai #10YearChallenge ini kerana cabaran ini adalah peluang untuk mengimbas kembali siapakah diri ini 10 tahun yang lalu dan untuk menghargai pencapaian anda pada hari ini.

Baru-baru ini, #10YearChallenge paling cute telah tersebar di laman sosial Twitter tentang majlis perkahwinan olok-olok yang diadakan 11 tahun dahulu, akhirnya benar-benar jadi kenyataan

Tweet yang dikeluarkan pengguna @rapunzelilah telah mendapat lebih 11 ribu retweets dan 14 ribu likes.

Sebenarnya, pasangan yang baru sahaja digelar suami isteri ini sudah pun bercinta sejak masing-masing di bangku sekolah lagi iaitu semasa di tingkatan dua.

Namun bergitu, Lokman Mansor dan pasangannya, Alyn Fazira Adzelan sudah pun disuruh untuk 'berkahwin' semasa jamuan sempena berakhirnya peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diduduki mereka pada tahun 2009, apabila diusik rakan sebaya.

“Sekarang kan tengah trending perbandingan gambar lama-lama, ini kiranya #10yearschallenge kami. Gambar itu diambil masa kami tingkatan tiga, selepas jamuan habis PMR.

“Semua paksa kami bersanding sekadar suka-suka. Kelakar bila diingat kembali. Alhamdulillah sekarang kami menjadi pasangan suami isteri,” kata Lokman ketika dihubungi akhbar MStar.

Lokman dan Alyn merupakan rakan sekelas sejak darjah satu sehinggalah ke tingkatan lima

Image via Google

“Sejak dari darjah satu lagi kami sekelas, sampailah ke tingkatan lima. Cuma, kami terpaksa bercinta jarak jauh selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana Alyn sambung belajar di matrikulasi Perlis dan saya pula di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak,” jelasnya lagi.

Kedua-dua pasangan itu pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu 9 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun di Tanjung Karang.

Lagi gambar kedua mempelai pada hari indah mereka:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment