"Pelbagai Tarikan & Aktiviti Menarik" - Jom Meriahkan Lagi MAHA 2022 Di MAEPS Serdang
MAHA kali ini akan berlangsung selama 11 hari iaitu dari 4 sehingga 14 Ogos ini.
Selepas ditangguhkan selama 4 tahun atas beberapa faktor termasuklah pandemik yang melanda dunia sebelum ini, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini kembali
Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada 2018, MAHA 2022 kali ini pula menjanjikan penganjuran yang lebih meriah berbanding sebelumnya dengan lebih 1,500 booth pameran dan jualan menanti para pengunjung.
Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, MAHA 2022 kali ini akan berlangsung selama 11 hari iaitu dari 4 sehingga 14 Ogos ini.
MAHA 2022 ini juga dijangka akan menjana lebih RM250 juta potensi nilai jualan dengan 100,000 pengunjung sehari atau 1.1 juta pengunjung secara fizikal sepanjang 11 hari program diadakan.
Bukan itu sahaja, bagi pencinta tanaman, anda juga boleh 'cuci mata' di Miracle Garden atau laman Agrofood Florikultur yang mempamerkan keindahan landskap berkonsepkan bunga-bungaan unik serta tumbuhan yang boleh dimakan melalui pertanian pintar. Bolehlah anda belajar berkebun sendiri di rumah.
Selain itu, enam lagi laman agro yang menanti anda ialah laman Agrofood Perikanan, Agrofood Padi, Sayuran & Herba, Agrofood Nanas, Agrofood Ternakan dan Laman Mekanisasi. Anda juga boleh membeli pelbagai produk pertanian dan ternakan segar seperti sayuran, ikan dan udang galah.
Khidmat tram disediakan untuk membawa anda ke zon yang ingin dilawati
Penat berjalan? Jangan risau, ada khidmat tram bersedia untuk membawa anda ke zon yang ingin dilawati.
Untuk keselesaan pengunjung, tram atau pun shuttle percuma juga disediakan dari kawasan parking kereta ke dewan pameran.
Bagi penganjuran edisi 2022 pula, MAHA kali ini memberikan fokus kepada tujuh komponen melibatkan pelbagai aktiviti yang boleh disertai pengunjung iaitu:
1. Agro Trade
Melibatkan aktiviti perniagaan dan padanan perniagaan serta mempromosi produk tempatan dan antarabangsa.
Ia juga menjadi platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan daripada usahawan mikro, kecil dan sederhana.
2. Agro Edutainment
Mempromosi serta memberi kesedaran tentang kepentingan sektor agromakanan dalam menjamin sumber bekalan makanan negara.
3. Agro Lifestyle
Mempamerkan gaya hidup keluarga agro serta aktiviti-aktiviti nilai tambah sepanjang rantaian nilai agromakanan.
4. Agro Youth
Menggalakkan dan mendorong pembangunan usahawan tani muda sebagai pelapis dan jaminan masa depan pertanian negara.
5. Agro Tourism
Khusus bagi mempromosikan industri agropelancongan.
6. Agro Tech
Mempamerkan penggunaan teknologi dan jentera terkini dalam sektor pertanian.
7. Agro Job Fair
Mempromosikan potensi serta peluang pekerjaan yang tersedia dalam sektor pertanian.
Masuk adalah percuma, dari 10 pagi hingga 10 malam
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, penganjuran MAHA 2022 berlangsung bermula daripada 4 Ogos sehingga 14 Ogos ini padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung.
Lebih menarik, anda tidak dikenakan sebarang bayaran dan masuk adalah PERCUMA. MAHA 2022 beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disertai seperti menikmati pelbagai hidangan yang enak-enak di Food Empire, menjamah buah-buahan tempatan di Fruit Castle, pameran kebudayaan pelbagai negeri di State Pavilion dan juga boleh menyertai permainan tradisional.
Anda boleh menyemak jadual penuh aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang 11 hari MAHA 2022 berlangsung melibatkan 1,500 ruang pameran disini https://mahaexpo.my/programme/.
Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi MAHA 2022 ini, memang rugi jika terlepas sebab pameran ini sudah pun tertangguh selama 4 tahun.
Anda juga boleh mengikuti MAHA 2022 secara virtual yang akan disiarkan secara langsung melalui pautan ini.
Ayuh, sertai pameran pertanian terbesar dan berprestij tinggi di Malaysia, MAHA 2022 bermula 4 hingga 14 Ogos ini di MAEPS, Serdang. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web dan Facebook MAHA.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!