seismik

12 Senarai Pelepasan Cukai 2017 Yang Anda Boleh Claim Melalui 'E-Filing' LHDN Tahun Depan

Lagi banyak belanja, lagi banyak boleh claim.

Cover image via SAYS

Pernah ada pengalaman buat E-Filing di laman web LHDN?

Image via pinimg.com

Bagi siapa-siapa yang pernah, proses mengisi E-filing pastinya memberi satu pengalaman yang agak sukar dan memakan masa, terutamanya bagi yang pertama kali.

Maklumlah, proses mengisi E-Filing ini memerlukan seseorang untuk ingat kembali setiap nilai Ringgit yang dibelanjakan sepanjang tahun. Nak ingat semula perbelanjaan minggu lepas pun susah, apatah lagi perbelanjaan setiap hari sejak awal tahun kan?

Tapi tak apa, mungkin tahun depan anda boleh lebih bersedia. Gunakan senarai di bawah untuk memudahkan urusan E-Filing anda nanti:

PELEPASAN CUKAI 2017

Tinggal berapa hari lagi.

Eloklah mula buat perancangan bayaran cukai untuk tahun 2017 ni. Boleh mula berbelanja pada pelepasan2 cukai yang diberi kerajaan dan simpan resit2nya. Ini utk mengelakkan tahun depan masa isi E-Filing LHDN baru kita kelam kabut nak ambil tahu belanja apa yang boleh tolak.

Berdasarkan laman web LHDN, di sini disenaraikan perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017.

Image via agtax.ca

1. Perbelanjaan terhadap Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) – Terhad RM5,000 atau

Pelepasan Untuk Ibu Bapa – Terhad RM1,500 setiap ibu dan bapa, dengan syarat ibu bapa mestilah:

  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak melebihi RM24,000 setahun (jika bekerja)
  • Pelepasan perbelanjaan perubatan tidak dituntut

Boleh dapat pelepasan sehingga RM3,000 jika kedua-dua ibu bapa layak..

Gambar sekadar hiasan.

Image via cloudfront.net

2. Yuran Pendidikan Diri Sendiri.

Terhad RM7,000. (Tahun 2016: RM6,000)

  • Kursus yang layak bagi peringkat Sijil / Diploma / Sarjana Muda - Undang-undang, Perakaunan, Kewangan Islam, Teknikal, Vokasional, Industri, Saintifik atau Teknologi
  • Kursus yang layak bagi Peringkat Sarjana / PhD - sebarang bidang atau kursus kajian

3. Kesihatan

  • Belanja perubatan bagi penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM6,000
  • Pemeriksaan perubatan penuh atas diri sendiri, suami / isteri atau anak – Terhad RM500

4. Simpanan Tabung SSPN - Terhad RM 6,000.

5. Perkeso - Terhad RM250

6. Gaya Hidup

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar, tablet, alat sukan, yuran keahlian gimnasium dan langganan internet – Terhad RM2,500

Gambar sekadar hiasan.

Image via TrustedReviews

7. Peralatan Penyusuan

Pembelian peralatan penyusuan ibu (potongan dibenarkan sekali setiap 2 tahun untuk pembayar cukai wanita sahaja) – Terhad RM1,000

8. Pra-Sekolah Anak-Anak
Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah – Terhad RM1,000

9. Insurans nyawa dan KWSP - Terhad RM6,000

10. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh - Terhad RM3,000

11. Insurans pendidikan dan perubatan - Terhad RM3,000

12. Bayaran zakat - Tiada had (100% pelepasan)

Insurans perubatan.

Image via SAYS

Setakat ni, inilah sahaja pelepasan yang ada bagi tahun 2017 yang boleh kita maksimumkan belanja untuk minimumkan cukai. Yang penting jangan lupa simpan resit!

Harap senarai ini dapat kita buat persediaan awal terutama pada mereka yang baru pertama kali nak isytihar cukai, yang baru dinaikkan gaji, atau yang dapat bonus.

Apa-apa pun, perkara paling penting ialah mencatat perbelanjaan setiap hari, tak kira sama ada besar atau kecil

Gambar sekadar hiasan.

Image via cubux.net

Catat setiap perbelanjaan dan simpan setiap resit transaksi. Lebih baik, kumpulkan di satu tempat khas supaya lebih mudah untuk kemukakan claim menerusi E-Filing nanti. Tak payah susah-susah nak ingat balik.

Maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai boleh dirujuk di laman web LHDN.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah bersedia untuk menabung?

You may be interested in: