seismik

"Pelik-Pelik Mengidam" - Netizen Naik Hairan Lihat Tajul Selamba Makan Nasi Dengan Colgate

Biar betul.

Cover image via @icaaeddie2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam hidup kita, pasti sekali-sekala kita akan mengidam untuk makan sesuatu betul tak?

Ada yang kadangkala mengidam mahu makan benda yang berada di luar jangkaan kita. Situasi itu pasti pelik kerana kita pasti tidak pernah melihat sedemikian.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang penyanyi lelaki dengan selamba makan nasi goreng dengan ubat gigi telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@icaaeddie2

Tulunnnnnnn, baru 2 hari dok thailand dah pepelik perangai laki aku ni

original sound - Upin & Ipin Official

Isteri pun pelik tengok perangai suami makan nasi dengan ubat gigi

Menerusi video tersebut, dapat dilihat isteri kepada penyanyi itu berkongsi perangai pelik suaminya.

"Tolong, baru dua hari duduk Thailand dah pelik perangai laki aku ni," tulisnya.

Tajul dilihat teringin untuk makan ubat gigi semenjak berada di negara tersebut. Dalam video itu, Tajul dilihat meletakkan sedikit ubat gigi di dalam sudu nasi goreng sebelum menikmatinya. Perkara itu ternyata telah mendapat perhatian ramai.

"Aku kalau tertelan ubat gigi punya la panik. Dia selamba je saja-saja telan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.5M views, 130.1K likes dan 1,687 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam tu je dia makan ya, memang pelik sangat ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: