Pelumba F1 Mercedes-AMG PETRONAS Kimi & George Teruja Dapat Beraksi Di Litar Sepang

Tak sabar!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team, George Russell dan Kimi Antonelli berkongsi keterujaan akhirnya dapat berlumba di Sepang selepas Malaysia sah disertakan sebagai hos dalam kalendar Formula 1 tahun ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad, 26 Julai telah mengumumkan Malaysia akan menjadi hos Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Sepang penghujung tahun ini, menandakan kembalinya sukan itu ke Malaysia buat kali pertama sejak 2017.

Formula 1 turut mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain susulan perjanjian antara Formula One, Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) dan kerajaan Malaysia serta Bahrain.

Perlumbaan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Oktober, dengan acara tersebut secara rasminya dinamakan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia.

SAYS.com
Image via Reuters/Malay Mail

Susulan pengumuman itu, Russell kongsi rasa teruja kerana Sepang telah lama menjadi salah satu litar kegemarannya, walaupun tidak pernah merasainya dalam dunia sebenar

"Jika ada perlumbaan di Malaysia, Sepang, pasti sangat menarik. Sepang sebenarnya trek kegemaran saya semasa kecil ketika saya bermain permainan video F1.

"Saya tidak pernah berlumba di sana, tetapi saya rasa saya sangat mengenalinya, jadi ia pasti sangat menarik. Dan sudah tentu tempat asal PETRONAS juga, jadi, ya, ia pasti hebat," katanya dalam video yang dikongsi di laman sosial Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team susulan pengumuman itu.

Antonelli turut teruja, mengatakan perlumbaan itu akan menjadi lebih bermakna kerana Malaysia merupakan tempat penaja utama pasukan, PETRONAS.

"Oh, Sepang kembali. Itu sebenarnya perlumbaan PETRONAS di tempat sendiri. Itu hebat. Maksud saya, ia juga trek yang sangat hebat, Sepang," katanya.

Pemandu asal Itali itu menambah bahawa, seperti Russell, dia hanya pernah merasai litar itu secara maya dan tidak sabar untuk berlumba di situ buat kali pertama.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: