Pemandu Cermat Kini Boleh Dapat Rebat Premium Sehingga 10% Ketika Perbaharui Insurans

Pandu cermat jiwa selamat.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rebat premium sehingga 10 peratus akan diberikan kepada pemandu yang dinilai berhemah ketika memperbaharui insurans

Menerusi laporan Berita Harian, proses tersebut boleh dilakukan di dalam aplikasi MyJPJ menerusi inisiatif CERMAT MADANI yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan insentif itu adalah hasil kerjasama dengan 10 syarikat insurans, tertakluk kepada penilaian dan keputusan syarikat insurans serta pengendali takaful yang mengambil bahagian berdasarkan rekod pemanduan dan saman pengguna.

"Jika profil risiko (scoring) dinilai rendah, apabila mereka memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan memilih untuk memperbaharui insurans menerusi aplikasi MyJPJ, satu proses penilaian risiko akan dijalankan.

"Pemilik kenderaan yang memenuhi kriteria akan diberikan diskaun atau rebat tambahan ke atas premium insurans mereka," katanya.

SAYS.com

Kementerian Pengangkutan melancarkan Inisiatif CERMAT MADANI.

Image via MOT

Perlu perbaharui dalam tempoh tiga bulan sehingga 9 September untuk dinikmati semua pengguna

Menurut Loke, kerajaan memberi tempoh tiga bulan sehingga 9 September depan kepada semua pengguna yang memperbaharui insurans menerusi MyJPJ untuk menikmati Rebat MADANI sebanyak 10 peratus.

"Dalam tempoh promosi ini, semua pengguna yang memperbaharui insurans melalui MyJPJ akan menerima rebat tambahan 10 peratus tanpa syarat.

"Bagaimanapun, ini bukan matlamat asal kita kerana kerajaan mahu ganjaran itu (kemudian) diberikan kepada pemandu yang benar-benar mempunyai rekod pemanduan baik dan berhemah," katanya.

Difahamkan, fasa seterusnya (selepas 10 September), pemberian Rebat MADANI 10 peratus akan ditentukan berdasarkan penilaian risiko pemandu, termasuk rekod saman aktif dan status senarai hitam yang disemak menerusi pangkalan data mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via MOT

Sistem kecerdasan buatan (AI) akan digunakan bagi menilai rekod pengguna

Ia akan dijalankan melalui integrasi data JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum syarikat insurans membuat keputusan mengenai kadar rebat yang layak diberikan.

"Kalau seseorang mempunyai banyak saman dan sering melanggar peraturan jalan raya tetapi tetap menerima ganjaran yang sama, ia tidak membawa makna kepada objektif kita untuk menggalakkan pemanduan berhemah.

"Selepas September nanti, syarikat insurans akan melihat skor risiko seseorang pemandu sebelum menentukan sama ada mereka layak menerima rebat tambahan atau premium yang lebih rendah," katanya.

Beliau berkata, pemilik kenderaan ketika ini tetap layak menikmati Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) maksimum 55 peratus dan menerusi skim CERMAT MADANI, mereka yang layak boleh memperoleh tambahan rebat sehingga 10 peratus.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: