Pemilik Anytime Fitness Asia Dilaporkan Pertimbang Jual Operasi Bernilai RM1.6 Bilion

Premis gimnasium itu difahamkan memiliki 138 outlet di seluruh Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Johnson Fitness

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemilik Anytime Fitness Asia dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menjual operasinya di lapan pasaran Asia dengan harga USD400 juta (kira-kira RM1.62 bilion)

Dalam satu laporan semalam, 18 Ogos, sumber memberitahu Bloomberg bahawa Inspire Brands Asia, pemegang francais induk Asia bagi rangkaian gimnasium, sedang bekerjasama dengan penasihat mengenai potensi penjualan. Syarikat itu dilaporkan telah mula menghubungi bakal pembeli.

Menurut laman webnya, Inspire Brands Asia mengendalikan rangkaian lebih daripada 600 kelab di seluruh Singapura, Filipina, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Syarikat itu memiliki lebih daripada 150 lokasi milik syarikat dan ditubuhkan pada kemuncak pandemik COVID-19 dengan sokongan daripada beberapa pemegang francais subinduk terkemuka di rantau ini, termasuk Exacta Capital Partners dan Aura Group.

SAYS.com
Image via Chan Long Hei/Bloomberg

Sumber berkata perbincangan masih berjalan, tanpa jaminan bahawa perjanjian akan terlaksana

Anytime Fitness mengendalikan 138 gimnasium di Malaysia. Jenama ini dikenali dengan operasi 24 jam, yang membolehkan ahli menggunakan fasiliti pada bila-bila masa sepanjang hari.

Di laman webnya, syarikat itu mempromosikan perkhidmatannya sebagai menawarkan kemudahan dan sebuah komuniti, menyediakan bukan sahaja peralatan senaman tetapi juga bimbingan untuk membantu ahli mencapai matlamat kecergasan dan komuniti yang menyokong untuk motivasi tambahan.

Difahamkan, Bloomberg telah menghubungi Inspire Brands Asia, tetapi syarikat itu didapati enggan memberi komen, manakala Exacta Capital Partners dan Aura Group tidak memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan maklumat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: