seismik

Pemilik Lori Terlibat Dalam Kemalangan Merayu Orang Awam Kembalikan Susu Yang Diambil

Pemilik lori yang terlibat dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok pada 31 Julai lalu merayu supaya orang ramai memulangkan semula susu yang telah diambil ketika kejadian.

Cover image via Harian Metro

Sebuah lori membawa muatan susu telah terlibat dalam kemalangan selepas terbalik dan menyebabkan orang awam mengutip dan membawa pulang susu berkenaan tanpa kebenaran

Image via Harian Metro

Kemalangan telah berlaku di Cabang Tiga, Kampung Tawang, Bachok selepas lori tersebut dibawa oleh anak pemilik lori iaitu Mohd Baihaqi, 25 tahun dan seorang lagi pekerja yang bernama Syafiq.

Pemilik lori iaitu Azizan Zainudin, 57, menjelaskan bahawa mereka hanya mengambil upah untuk menghantar bekalan susu tin dari Klang ke gudang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila susu tin bertaburan telah diambil oleh orang awam yang berada di tempat kejadian

Image via The Reporter

Menurut laporan, Azizan turut menjelaskan daripada 1,500 karton susu yang bertaburan, anak dan pekerjanya hanya sempat mengambil kembali 149 karton dan 11 tin susu sahaja kerana selebihnya telah diambil oleh orang ramai yang dipercayai menyamar sebagai 'taukeh'.

Kejadian ini membuatkan Azizan terpaksa membayar kos kerugian sebanyak RM120,000 selain anak dan pekerjanya itu turut mengalami kecederaan selepas kemalangan. Anaknya, Mohd Baihaqi cedera di peha kanan akibat tersepit. Manakala Shafiq menerima lima jahitan di kepala.

Azizan merayu supaya orang awam dapat memulangkan semula susu yang telah diambil. Jika malu, boleh hantar terus ke rumahnya atau letak semula di tempat kejadian.

Namun begitu, setakat hari ini, 2 Ogos, mereka telah menerima kembali lima karton dan beberapa guni berisi susu tin yang dihantar ke lokasi kemalangan dan turut dimaklumkan polis juga menerima lebih kurang 40 hingga 50 karton susu telah diserahkan ke balai.

Azizan masih berharap supaya orang lain yang terlibat turut memulangkan kembali susu tersebut bagi meringankan beban dan kerugian yang bakal ditanggung olehnya nanti.

Di bawah merupakan klip video di YouTube berdurasi 58 saat memaparkan orang awam mengutip susu yang bertaburan di tempat kejadian.

"Saya runsing memikirkan cara mahu membayar ganti rugi susu dan kos membaiki lori. Setakat ini saya masih belum berbincang dengan pemilik barangan susu," jelas Azizan.

Image via Google

Azizan menjelaskan dia akan berjumpa dan berbincang dengan pemilik susu pada petang esok, 3 Ogos, di Pengkalan Chepa untuk mengetahui tentang langkah yang perlu diambil selepas banyak tin susu telah diambil oleh orang ramai tanpa kebenaran. Malah, dia juga akan menghantar kesemua bekalan susu yang ada padanya kepada pemilik susu.

Kos yang perlu ditanggung olehnya setakat hari ini adalah sebanyak RM50,000 kerana harus mengganti susu yang hilang termasuklah kos membaiki lori yang rosak selepas kemalangan.

“Cuma saya minta jangan cakap yang bukan-bukan tentang kejadian, saya sekeluarga juga mohon maaf kerana jika disebabkan kes kami ini, orang Kelantan dipandang rendah kerana mengutip susu yang jatuh."
Azizan Zainuddin, pemilik lori

Azizan berharap supaya kejadian ini dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman buat orang ramai supaya tidak mengambil barang yang bukan kepunyaan sendiri

Dalam satu rakaman yang tular di Facebook kelihatan Syafiq turut meletakkan kotak susu di atas motosikal saudara mereka dan turut memunggah kotak susu ke dalam Toyota Hilux. Namun ianya untuk diberikan semula kepada pihak mereka. Malah begitu, ada juga pihak yang sanggup mengoyakkan kanvas lori sehingga berebut dengan saudara mereka kerana ingin mengambil susu tersebut.

Azizan menyuarakan bahawa perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana pada ketika itu mereka sedang ditimpa kemalangan dan perlukan bantuan.

Susulan tindakan orang awam mengambil susu daripada lori tersebut, pihak polis kini membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan untuk mengesan pihak yang terlibat

Menurut laporan Malaysia Kini, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, "Pihak polis akan mengesan orang awam yang terlibat, kita tak tahu sama ada wujud salah faham atau sebaliknya. Tetapi berdasarkan video yang tular itu jelas kelihatan orang ramai yang bertindak mengambil susu-susu tersebut."

Sedangkan pengadu sendiri kata tidak beri kebenaran kepada sesiapa untuk mengambilnya. Jadi kita minta supaya orang kampung itu, atau kampung lain sekalipun supaya tampil membantu siasatan," jelasnya.

Terkini, pihak polis sudah mengambil semua susu tersebut dan ditempatkan di Balai Polis Tawang untuk siasatan lanjut.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Leave a comment