seismik

Dua Rakan Sekerja Ditemui Mati Berpunca Daripada 'Mengata' Antara Satu Sama Lain

Kedua-dua lelaki warga India itu merupakan pekerja di sebuah restoran yang sama dan turut tinggal di asrama pekerja yang sama.

Cover image via Sinar Harian

Pada hari Ahad, 28 Julai 2019, telah berlakunya tragedi ngeri di mana dua orang rakan sekerja telah bergaduh sehingga menyebabkan pembunuhan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Capital FM

Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah rumah kedai di Taman Bertam Ria, Kepala Batas kira-kira jam 6:45 petang pada hari tersebut. Ianya menyebabkan kedua-dua lelaki warga India terbabit yang merupakan pekerja di sebuah restoran dan turut tinggal di asrama pekerja yang sama meninggal dunia selepas dikatakan 'bertengkar' sesama sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, kedua-dua mangsa telah ditemui oleh rakan mereka sebelum dimaklumkan kepada pihak polis

Gambar sekadar hiasan.

Image via verywellmind.com

Jarak di antara restoran yang merupakan tempat kerja mereka hanyalah 1 kilometer daripada rumah yang disewa oleh majikan kedua-dua mangsa untuk menempatkan seramai tujuh pekerja warga India termasuk mereka di rumah yang sama.

Menurut laporan Sinar Harian, selepas siasatan dilakukan, pihak berkuasa mendapati mangsa pertama dikenali sebagai Mubarak Ali, 28, didapati dibunuh Azad Mubarakbhai, 26, yang kemudiannya ditemui tergantung pada besi pencangkuk kipas siling.

"Pemeriksaan di rumah kedai tersebut juga mendapati keadaannya berselerak dipercayai berlaku pergelutan di bilik belakang iaitu berhadapan dengan bilik air di mana mayat Mubarak dijumpai."
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor

Pihak polis turut mendapati beberapa tompokan darah dalam bilik pertama hingga ke bilik belakang selain pada dinding berdekatan bilik air

Image via Sinar Harian

Kesan-kesan darah yang ditemui dikatakan ketika berlakunya pergelutan antara kedua-dua mangsa sebelum berlaku pembunuhan. Mereka juga turut difahamkan bahawa mereka pada mulanya bertengkar ketika sedang bersiap untuk ke tempat kerja pada hari berkenaan. Ini kerana mayat mangsa ditemui berpakaian uniform kerja.

Kedua-dua mangsa ditemui oleh rakan mereka yang telah diminta oleh majikan mereka untuk mencari mereka kerana masih belum masuk kerja.

Mangsa pertama iaitu Mubarak dikatakan telah bekerja di restoran itu selama lima tahun sebagai penebar roti canai. Manakala mangsa kedua iaitu Azad baru enam bulan bekerja sebagai tukang cuci di tempat yang sama.

"Mereka memang sering bergaduh kerana selalu mengata antara satu sama lain, namun tidak serius." - Majikan mangsa.

Hasil siasatan polis telah menemui sebilah pisau berukuran 34cm dan juga terdapat kesan darah di atas meja berhampiran mangsa tergantung. Selain itu, mangsa didapati mempunyai empat luka tikaman pada bahagian perut dan lima luka hirisan di bahagian lengan iaitu di atas siku sebelah kiri dipercayai selepas mempertahankan diri. Manakala mangsa kedua, Azad, langsung tiada kecederaan pada tubuhnya.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan laporan bedah siasat mengesahkan Mubarak meninggal dunia kerana pendarahan serius akibat tikaman manakala Azad kerana kesan tergantung.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga berita terkini yang lain:

You may be interested in: