Pemilik Secangkir Cafe Disahkan Antara Mangsa Maut Dalam Tragedi Nahas Ngeri LPT1

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Astro Awani & Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Empat individu maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh, Pahang malam tadi

Lebih menyayat hati, salah seorang mangsa yang terkorban ialah pemilik Secangkir Cafe di Sungai Karang, Pahang, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32.

Menurut laporan Kosmo!, Nur Atiqah Sofiya maut bersama suaminya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, serta anak lelaki mereka.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menaiki sebuah Proton S70 ketika nahas berlaku.

SAYS.com
Image via @syazanasyariff (Threads)

Seorang lagi mangsa lelaki turut disahkan maut ketika menaiki sebuah Honda CR-V

Berita pemergian Nur Atiqah Sofiya ternyata mengejutkan ramai pelanggan dan kenalan yang mengenali keluarga berkenaan, khususnya mereka yang pernah berkunjung atau membuat tempahan makanan dan kek daripada Secangkir Cafe.

Malah, beberapa pengguna media sosial berkongsi kenangan mereka bersama arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik dan peramah.

"Al-Fatihah untuk Sofiya (pemilik Secangkir Cafe), suami dan anak lelaki mereka. Kita pelanggan saja, tapi sedihnya.

"Baru chat semalam sebab nak singgah beli butter teok. Dia pernah buatkan suami saya kek hari jadi, Victoria sandwich dan butter teok sangatlah sedap. Arwah baik sangat,"
kongsi seorang pengguna Threads.

Seorang lagi pelanggan turut terkejut apabila mengetahui berita berkenaan selepas baru sahaja membuat tempahan dengan arwah minggu lalu.

"Baru je tempah dengan owner minggu lepas. Ya Allah, tak sangka sangat," tulisnya sambil berkongsi gambar kek yang pernah ditempah.

Ada juga yang menyifatkan berita kemalangan itu amat mengejutkan selepas mengetahui mangsa merupakan pemilik kafe berkenaan.

Antara perkongsian kenalan arwah di Threads:

View on Threads

Difahamkan, kemalangan terbabit melibatkan 11 kenderaan

SAYS.com
Image via Astro Awani

Menurut laporan, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 110.4 LPT1, Temerloh dan membabitkan 11 kenderaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa memaklumkan antara kenderaan yang terlibat ialah sebuah bas ekspres, lori tangki, Toyota Alphard, Toyota Hilux, Honda CR-V, dua Proton Saga, dua Perodua Myvi dan sebuah Perodua Aruz. Nahas itu mengakibatkan empat individu maut.

Pemergian Nur Atiqah Sofiya, suami serta anak mereka turut meninggalkan kesan mendalam kepada pelanggan dan kenalan yang pernah berurusan dengan keluarga tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: