Penangan Tular ‘Sakura Malaysia’, Keindahan Bunga Mekar Buka Rezeki Penjual Cendol

Macam dekat luar negara!

Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Fenomena pokok Tekoma atau pokok kertas tisu yang berbunga lebat di sepanjang Jalan Batu Kikir-Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kini menjadi tarikan orang ramai selepas gambar dan video mengenainya tular di media sosial

Menurut laporan Utusan Malaysia, keindahan pokok yang digelar 'Sakura Malaysia' itu bukan sahaja menarik penduduk setempat, malah pengunjung dari Melaka dan Johor turut sanggup datang untuk bergambar dan menikmati suasana.

Seorang penjual cendol yang hanya dikenali sebagai Zham, 47, berkata pokok berusia kira-kira 20 tahun itu biasanya berbunga tiga hingga empat kali setahun.

Namun, menurutnya, musim berbunga kali ini adalah yang paling lebat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

"Memang tahun ini paling mekar dan meriah. Orang ramai datang terutama pada waktu petang untuk bergambar, selain singgah menikmati cendol.

"Bukan sahaja penduduk setempat, malah ada pengunjung dari Melaka dan Johor yang datang semata-mata untuk menikmati suasana dan bergambar di sini,"
katanya.

Fenomena itu turut menarik perhatian pasangan pengantin serta pengunjung yang mengenakan pakaian tradisional Korea untuk bergambar di sekitar pokok berkenaan

Malah, ada pengunjung menggunakan dron bagi merakam keindahan pokok tersebut dari udara.

"Memang saya sendiri gembira tengok bunga ini sebab cantik dan dapat memberikan suasana seperti di Jepun atau Korea Selatan walaupun berada di negara kita.

"Bila musim berbunga, saya akan kongsikan gambar dan video di media sosial serta untuk mengajak orang ramai datang bergambar,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Menurut Zham, peningkatan jumlah pengunjung turut memberi kesan positif kepada perniagaannya apabila lebih ramai pelanggan singgah ke kedainya, terutama pada hujung minggu.

"Alhamdulillah, memang ada peningkatan. Saya tidak sangka sambutan kali ini begitu ramai dan ada yang datang dari jauh, semata-mata ingin melihat sendiri pokok 'sakura Malaysia'," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: