seismik

[VIDEO] Lahir Tanpa Kaki, Pelajar OKU Ini Berjaya Merangkak Naik Dan Tawan Gunung Kinabalu

Fizikal yang tidak sempurna tidak menghalang Adam untuk menggapai impian. Tahniah Adam!

Cover image via TEAM ANAK GUNUNG

Kecacatan anggota tidak menghalang pelajar OKU dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Azrulkhan Hasrullah daripada berusaha mendaki Gunung Kinabalu secara merangkak

Azrulkhan Hasrullah atau Adam (depan) bersama krew dari Team Anak Gunung.

Image via Nor Muhammad Syafiq/Facebook

Sepanjang pendakian, Azrulkhan Hasrullah, 24 yang mesra dengan panggjlan Adam hanya bergantung kepada kekuatan tangan untuk mendaki puncak tertinggi di Malaysia bermula dari Pondok Timpohon di kaki gunung hingga ke Low's Peak pada ketinggian 4,095 meter.

Untuk makluman, ini adalah percubaan kedua Adam mendaki Gunung Kinabalu setelah gagal pada Januari 2016

Adam hanya mampu sampai di Pondok Sayat Sayat sahaja pada pendakian pertama.

Image via Sabah Info/Facebook

Adam gembira dan menganggapnya satu kejayaan kerana ini merupakan pendakian tertinggi dicapainya sejak berkecimpung dalam aktiviti seumpama itu.

“Saya gembira kerana dapat merasai cabaran pendakian yang berbeza di Gunung Kinabalu. Berbeza dengan cubaan pertama saya pada awal Januari 2016, persediaan kali ini lebih mantap dan dibantu oleh banyak pihak yang ingin melihat keupayaan sebenar warga OKU," kata Adam.

Bagi Adam, kekurangan fizikal tidak pernah menjadi alasan untuknya berusaha mencapai apa yang dihajati

Walaupun faktor fizikal menjadi kekangan, beliau yang menghidap polio sejak lahir berkata, faktor cuaca sejuk serendah 3 darjah celsius dan angin kencang menyukarkan usahanya untuk tiba di puncak Gunung Kinabalu kerana kesukaran merangkak.

"Saya mula mendaki dari Pondok Timpohon pada jam 10.30 pagi 22 Oktober dan tiba di tempat penginapan di Laban Rata pada 23 Oktober jam 3 petang. Saya mula mendaki ke puncak mulai jam 1 pagi, 25 Oktober dan selepas 7 jam berusaha, saya akhirnya tiba di Puncak Kinabalu pada jam 8 pagi.

“Tiada apa yang mustahil seandainya keinginan disertai dengan usaha dan doa," katanya yang bertekad untuk menawan Gunung Everest di Nepal.

Lebih memberangsangkan, kejayaan Adam akan dicatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai “Individu Pertama Merangkak Ke Puncak Gunung Kinabalu 4095.2M"

Pelajar Pengajian Komunikasi UIAM itu sebelum ini menarik perhatian ramai kerana sering kelihatan merangkak ketika mendaki beberapa bukit seperti Bukit Broga, Bukit Tabur, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Kutu di Selangor.

Adam di Bukit Tabur

Image via says.com

Inilah bukti bahawa impian kita boleh dicapai jika kita percaya, yakin dan berusaha. Syabas Adam!

Sedikit info tentang ekspedisi Adam mendaki puncak tertinggi di Asia Tenggara:

Nama Program: OKU Mount Kinabalu Expedition V2

Jumlah Peserta: 5 orang

Tarikh: 21-30 Oktober 2016

Tempat: Gunung Kinabalu, Sabah

Penganjur: Persatuan Anak Gunung Malaysia

Matlamat:

1. Mempromosi gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah negara sukan

2. Mempromosi industri pelancongan Malaysia khususnya di negeri Sabah

Penaja:

1. Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS)

2. Taman-Taman Sabah (Sabah Parks)

3. Sutera Sanctuary Lodges (SSL)

4. Mountain Torq

5. Hiking and Camping Around Malaysia (HACAM)

6. Hiking and Camping Around World (HACAW)

7. Suunto Malaysia and Solar Time Sdn Bhd

8. Brooks Malaysia and Paragon Vest Sdn Bhd

9. Dueter Malaysia and Universal Fitness Leisure (UFL) Sdn Bhd

10. Finger Rich Adventure

11. Kelab Explorasi 7 Benua

12. Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah

13. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi mengenai Adam DI SINI:

Bercakap tentang UIAM...

You may be interested in: