seismik

7 Stereotaip Paling Tipikal Terhadap Pelajar UIAM Yang Agak 'Annoying'. #UIABest

Bersabarlah wahai warga UIAM.

Cover image via SAYS

Sebut saja belajar di UIAM, mesti kita akan menghadapi beberapa persepsi dan stereotaip daripada orang ramai. Stereotaip sebegini memang tak dapat dielakkan. Bahkan, universiti lain juga mempunyai jenis tanggapan yang begitu biasa kita dengar. UIA turut tidak terlepas.

Disebabkan ada perkataan 'islamik' pada nama universiti, orang ramai yang tidak pernah belajar atau menetap di UIA mula memberi macam-macam andaian terhadap para pelajar di sini.

Di sini saya senaraikan 7 stereotaip yang paling common sekali:

1. "Oh, awak belajar apa kat UIA? Agama?"

Image via giphy.com

Aduhai soalan. UIA ni macam universiti lain jugak. Ada macam-macam kos yang pelajar boleh ambil. Ada engineering, ada architecture, ada human sciences, ada economics, ada accounting, ada islamic banking, ada law, ada ICT, ada medic, ada pharmacy, ada Bahasa Arab, ada quran dan sunnah, dan banyak lagi. Boleh pilih mana yang anda suka.

Stereotaip tentang pelajar UIA belajar agama memang salah. Ya, memang kami kena belajar Fardu Ain, tilawah, dan beberapa subjek agama lain tapi hanya pada semester tertentu sahaja, bukan sepanjang masa. Malah, subjek-subjek ini ada yang tak masuk dalam pointer pun.

2. Pandai agama atau lebih tepat, warak!

Image via ismadhl.com

Pergilah mana-mana sekali pun, bila cakap belajar kat UIA, orang mesti ingat kita ni pandai dalam perihal agama. Pernah juga saya diberi mandat untuk conduct bacaan Yasin tiap-tiap minggu masa zaman praktikal dulu. Mentang-mentang belajar kat UIA, semua ingat saya ni hebat.

Nasib baiklah saya ni reti juga sikit-sikit dalam bab tu. Katakanlah kalau saya tak reti, mesti orang akan persoal kredibiliti seorang pelajar universiti Islam. Nanti orang akan cakap, "Belajar kat UIA je lebih tapi agama zero!"

Walaupun begitu, sebenarnya ramai je students UIA yang tak pandai agama. Malah, ada juga yang tak reti baca Quran dan tak mengenal huruf. Yang tak sembahyang apatah lagi. Lumrah manusia, mana boleh lari daripada membuat kesilapan.

3. Belajar Bahasa Arab dan pandai cakap Arab

Gambar sekadar hiasan.

Image via english.al-akhbar.com

Allahu, untungnya siapa-siapa yang boleh bertutur dalam Bahasa Arab. Maklumlah, allughatul 'arobiah (Bahasa Arab) kan bahasa syurga. Adakah ini bermaksud pelajar-pelajar UIA pun beruntung? Tidak sama sekali. Bukan semua pelajar UIA kena belajar Bahasa Arab sampai level 6. Kebanyakannya hanya belajar sekadar sampai level 1 sahaja, itu pun waktu foundation. Bila dah masuk degree, terus tak belajar dah.

Adakah ini bermaksud pelajar-pelajar yang belajar sampai level 6 boleh bertutur dalam Bahasa Arab dengan lancar? Pun tak betul. Dah nama pun students, belajar setakat pass je lah. Macam tak biasa kan? Hehe. Kalau ikutkan, yang boleh cakap Bahasa Arab ni adalah pelajar yang ambil jurusan bahasa itu sahaja. Nak expect budak-budak engineering atau kos lain cakap Bahasa Arab memang tak lah.

4. Pakai tudung dan tutup aurat sepanjang masa

Gelak candid katanya.

Image via Instagram @bettybellabetto

Pergi ke kelas, dress code yang perlu dipatuhi semestinya menutup aurat dan kemas, baik lelaki mahupun perempuan. Bukan sahaja di kelas, aurat turut perlu dijaga di seluruh kawasan universiti. Jadi bagi yang perempuan, hijab memang sentiasa 'melekat' di kepala, manakala baju dan seluar pula mesti panjang. Anything short is a no no.

Bila keluar dari kampus, it's a different world altogether. Dah tak terikat dengan undang-undang universiti, jadi bolehlah nak pakai apa pun. Sebab tu kadang-kadang ramai yang terkejut bila tengok students UIA kat luar kampus. Penampilan on and off campus memang ketara perbezaannya. Sampai ada yang tanya, "Kau ni betul ke budak UIA?"

Tapi, bukan semua ya.

5. Pelajar UIA ni sopan, tak fun, dan tak ada life

Image via dailyscene.com

Kalau anda kata budak-budak UIA ni tak fun, itu memang silap besar. Buktinya, kalau kami tak fun, tak mungkinlah gambar konvokesyen pelajar UIA boleh meletup-letup sampai universiti lain tak boleh lawan. Semuanya rare, unik, dan lain dari yang lain. Serius.

Definisi fun ni sebenarnya depends on the individual. Ada yang anggap kalau fun mesti kena kelakar dan havoc. Ada yang anggap fun tu hanya sekadar beriadah petang-petang. Tapi apa yang saya boleh syorkan, tak kira macam mana jenis fun sekali pun, budak-budak UIA memang tak ada hal. Tapi janganlah sampai melampaui batas.

Seriously, mana boleh beat gambar konvo macam ni.

Image via Kamrul Islam/Facebook

Yang ni lagilah. Habis kalah semua gambar konvo lain.

Image via Sadatul Saadah/Facebook

6. Bahasa Inggeris lebih bagus daripada IPTA lain

Image via 1080.plus

Yeke? Macam tak berapa tepat je. Betul, memang silibus UIA semua dalam Bahasa Inggeris disebabkan faktor universiti ini adalah universiti antarabangsa yang merangkumi lambakan pelajar Muslim dari luar negara. Tapi kalau nak cakap Bahasa Inggeris lebih bagus tu, on paper jelah kot. In reality, nak cakap English pun masih tercungap-cungap.

Salah satu faktor adalah disebabkan pergaulan dengan bangsa sendiri dan tak ada inisiatif untuk bergaul dengan orang luar. Memang susahlah nak pandai cakap English kalau hari-hari cakap bahasa ibunda.

7. Islamik sangat sampai tak nak berkawan dengan orang lain, especially with the opposite gender

Mungkin ada sesetengah daripada anda yang terdengar khabar angin bahawa pelajar-pelajar UIA ni memang Islamik sampai lelaki perempuan nak berkawan pun susah, nak makan semeja pun tak boleh. Ish ish ish...ingat UIA ni teruk sangat sampai macam tu ke?

Bab pergaulan lelaki dan perempuan, memang tak ada masalah di kampus. Nak makan duduk semeja sekali pun boleh. Cuma kenalah jaga batasan. Asalkan jangan over dan tak melampau. Kalau dah sampai tahap duduk berdua dalam gelap, itu mana-mana universiti pun larang. Tahap sosial di UIA sememangnya tak ada beza dengan universiti lain.

Kesimpulannya...

Image via SAYS

Kita semua kan manusia yang duduk di muka bumi Tuhan yang sama. Tambahan lagi kita duduk di Malaysia. Jadi, mana-mana kita pergi pun, semua tempat pun sama. Tak semestinya bila jadi student UIA, automatik orang tu akan jadi macam malaikat. Manusia kan ada nafsu dan perasaan.

Sekian.

LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom layan gambar konvo dari students UIAM tahun lepas:

You may be interested in: