Penemuan Mengejutkan, Pekerja Pembinaan Temui Emas RM46 Juta Di ‘Basement’ Rumah
Masih belum jelas siapa pemilik sah emas bernilai puluhan juta ringgit itu.
Cover image via CBS NewsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerja pembinaan di Dendermonde, Belgium telah menemui sejumlah emas tersembunyi bernilai lebih 9 juta euro (RM46.3 juta) semasa kerja-kerja pembinaan
Penemuan itu terjadi semasa kru sedang melakukan kerja penggalian untuk memasang paip pembetung di ruangan bawah tanah sebuah rumah.
Semasa menjalankan kerja-kerja tersebut, pekerja terlibat menemui kira-kira 50 jongkong emas dan timbunan syiling emas yang tersembunyi di dalam dinding ruang bawah tanah terbabit.
Seorang pekerja, yang dikenali sebagai Kobe, berkata kru pembinaan berasa terkejut dengan penemuan berkenaan.
Dia menyatakan bahawa tiada siapa yang menjangka akan menemui emas semasa menjalankan apa yang sepatutnya menjadi kerja rutin mereka.

Polis dihubungi dengan segera sebaik sahaja penemuan berlaku
Pegawai kemudiannya tiba di tempat kejadian untuk mengira jongkong emas dan syiling sebelum mengangkutnya ke peti besi kerajaan persekutuan untuk disimpan.
Pihak berkuasa memaklumkan individu yang masih berharap untuk menemui emas tidak menceroboh kawasan pembinaan tersebut.
Pegawai menekankan bahawa datang ke kawasan berkenaan sudah tidak berguna kerana emas terbabit telah dipindahkan ke lokasi yang selamat di bawah kawalan keselamatan yang ketat.
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada badan amal yang memiliki tapak tersebut, pekerja, atau kerajaan yang akhirnya akan dapat menyimpan emas berkenaan.
Buat masa ini, polis tempatan memaklumkan mereka berharap penemuan bernilai itu berakhir di tangan yang betul.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


