Penganjur Sukan Asia Mohon Maaf Tersilap Mainkan Lagu Kebangsaan Korea Utara Untuk Korea Selatan

Difahamkan, kontroversi itu menambah satu lagi masalah kepada penganjuran Sukan Asia kali ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via X & Al Jazeera

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penganjur Sukan Asia Aichi-Nagoya memohon 'maaf yang sedalam-dalamnya' selepas tersilap memainkan lagu kebangsaan Korea Utara ketika pasukan hoki lelaki Korea Selatan berdepan Bangladesh

Menerusi laporan AFP, kesilapan itu mencetuskan kemarahan pegawai Korea Selatan dan menambah satu lagi kontroversi kepada temasya tersebut selepas perjalanan menuju penganjuran dibayangi pelbagai masalah.

Ketika aksi menentang Bangladesh, pemain Korea Selatan berbaris seperti biasa untuk upacara lagu kebangsaan sebelum kelihatan kebingungan apabila lagu kebangsaan Korea Utara berkumandang di stadium.

Penganjur kemudian memainkan lagu kebangsaan Bangladesh sebelum lagu Korea Selatan dimainkan selepas itu. Korea Selatan bagaimanapun meneruskan aksi dan menewaskan Bangladesh 5-0.

"Ketika perlawanan hoki lelaki antara Korea Selatan dan Bangladesh pada 18 September, lagu kebangsaan yang salah tersilap dimainkan sebelum perlawanan," kata jawatankuasa penganjur Sukan Asia.

Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hubungan dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) turut bertemu kontinjen Korea Selatan untuk menyampaikan permohonan maaf

"Kami juga akan berusaha memastikan perkara ini tidak berulang dan ingin menyampaikan permohonan maaf yang sedalam-dalamnya kepada semua pihak yang terjejas akibat insiden ini," katanya.

Pengacara stadium turut memohon maaf atas kesilapan berkenaan, namun ia tidak meredakan kekecewaan ketua jurulatih Korea Selatan, Min Tae-seok.

"Ini masalah yang sangat serius. Ketika kami membantah, mereka berkata, 'Kami minta maaf. Bukan kerana ia tidak disediakan, tetapi berlaku kesilapan oleh pihak yang bertanggungjawab memainkan lagu tersebut. Namun, perkara seperti ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Kontroversi itu menambah satu lagi masalah kepada penganjuran Sukan Asia kali ini yang sebelum ini turut dibayangi aduan kontinjen mengenai jumlah dan kualiti penginapan.

Beberapa pasukan malah terkandas di lapangan terbang sehingga enam jam selepas tiba di Jepun minggu ini berikutan masalah pengangkutan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: