seismik

Pengantin Lelaki Terkedu, Isteri Buat Kejutan Jemput Imran Ajmain Di Majlis Perkahwinan

Wah bestnya, selamat pengantin baru!

Cover image via @mynameiseepan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis perkahwinan merupakan momen manis yang pengantin tidak boleh dilupakan

Pada masa inilah anda dan pasangan akan diraikan di dalam satu majlis yang turut disaksikan oleh ramai tetamu.

Berpimpin tangan menuju ke pelamin yang tersergam indah. Malah, tema idaman majlis perkahwinan juga dapat disaksikan pada masa ini. 

Kadangkala di majlis perkahwinan sendiri juga pengantin boleh dapat pelbagai kejutan tidak kira daripada ahli keluarga, rakan, mahupun pasangan anda sendiri.

Baru-baru ini tular selepas seorang pengantin lelaki terkejut dengan kehadiran penyanyi kegemaran ke majlis perkahwinannya sehingga membuatkan dia menangis.

Isteri jemput Imran Ajmain datang majlis perkahwinan buat persembahan

Menerusi video di TikTok, difahamkan pasangan pengantin dari Singapura itu sedang meraikan majlis perkahwinan mereka yang dihadiri ramai tetamu.

Namun, selepas itu muncul seorang penyanyi iaitu Imran Ajmain datang menyanyi di majlis mereka. Kejutan berkenaan dibuat oleh pengantin perempuan sendiri kerana pada masa sama mahu meraikan hari jadi suaminya.

Perkara tersebut membuatkan pengantin lelaki terharu sehingga menangis kerana tidak mempercayai kejutan yang dibuat isterinya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya kerana mengejutkan saya Imran Ajmain sebagai Tetamu Khas untuk hadiah hari jadi saya pada hari perkahwinan kami! Awak isteri terbaik!. Juga saya mengagumi suara Imran Ajmain, suka mashallah tengok dia, seorang yang tinggi dan rendah diri yang pernah saya jumpa. Thank you abang kerana sudi datang ke wedding saya, what a way to end my wedding day," tulisnya.

Lihat video di bawah:

@mynameiseepan I would like to thank my wife for surprising me Imran Ajmain as a Special Guest for my birthday gift on our wedding day! You're the best wife ever! @Eh-mi . Also i admire @Imran Ajmain voice like mashallah look at him, so tall and such humble person i've ever met. Thank you abang kerana sudi datang ke wedding saya , what a way to end my wedding day . #fyp #weddingoftheyear #singapore #imranajmain original sound - Ifw@n

Siapa je tak happy dapat surprise macam ni kan? Lagi-lagi kalau penyanyi kegemaran sendiri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: