Pengasas Les’ Copaque Nafi Dakwaan Asal Usul Upin & Ipin Dibeli Hak Ciptanya Dari Indonesia

Ia susulan tularnya satu klip video yang mendakwa Upin & Ipin sebenarnya milik animator dari negara jiran

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Produksi di sebalik Upin & Ipin Les' Copaque Production menafikan dakwaan animasi tersebut berasal dari Indonesia

Menerusi laporan Berita Harian, Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Datuk Burhanuddin Md Radzi menegaskan dakwaan kononnya hak cipta Upin & Ipin dibeli daripada pihak berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Burhanuddin, siri animasi tersebut sudah diterbitkan sejak 2007 dan dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga kerja tempatan.

"Mengenai isu itu, hanya mereka sahaja yang bercakap dengan mendakwa animasi Upin & Ipin sudah dihasilkan lebih awal, kemudian kita ambil dan bawa balik.

"Bila pula? Sedangkan pada 2007 kita sudah keluarkan Upin & Ipin. Animasi ini memang kita yang buat, jadi tiada istilah mengambil hak atau meminjam. Malah, animasi ini 100 peratus dihasilkan anak Malaysia, tiada pun dari Indonesia," katanya.

SAYS.com

Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd, Datuk Burhanuddin Md Radzi.

Image via Les' Copaque Production Sdn Bhd

Sebelum ini tular dakwaan sekumpulan animator muda dari Indonesia pernah menghasilkan karya animasi berkonsep sama dikenali sebagai Si Arifin pada 2008 sebelum Malaysia didakwa membeli lesen animasi terbabit

Tercetus perdebatan dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia susulan tular satu klip video yang mendakwa Upin & Ipin sebenarnya milik animator dari negara jiran itu.

Mengulas dakwaan mengenai penjualan lesen atau hak cipta Upin & Ipin kepada mana-mana pihak, Burhanuddin sekali lagi menafikan perkara tersebut dan menegaskan syarikatnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu terbabit.

"Kita tidak ada jual lesen dan perkara itu tidak pernah berlaku. Kami juga tiada apa-apa hubungan dengan individu berkenaan. Dia hanya buat cerita, mungkin untuk viral," katanya.

Terdahulu, Les' Copaque Production ada mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial yang menegaskan Upin & Ipin adalah hak cipta dan karya asli milik syarikat berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik