Pengguna Kereta Kena Bayar RM5 Guna Jalan Genting Bermula Khamis Ini
Take note!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengendali sah rangkaian jalan raya Genting Highlands, Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB) akan melaksanakan caj jalan raya memasuki Jalan Genting Highlands berkuat kuasa 28 Mei ini
Menerusi laporan Bernama, di bawah struktur caj jalan, kereta atau van dalam Kelas 1 akan dikenakan bayaran RM5 di kedua-dua pintu Masuk Genting Highlands dan Pintu Masuk Gohtong Jaya.
Lori sederhana (Kelas 2) akan dikenakan bayaran RM15, manakala lori berat (Kelas 3) akan dikenakan bayaran RM25 di kedua-dua lokasi masuk, Teksi (Kelas 4) akan dikenakan bayaran RM3.30, manakala bas (Kelas 5) akan dikenakan RM5.
"Kenderaan di bawah Kelas 2, 3, 4 dan 5 dikehendaki masuk melalui lorong Lorong Khas atau pengecaman plat lesen (LPR).
"Kenderaan kecemasan, motosikal dan kenderaan persendirian milik penjawat awam yang tempat kerja mereka berada di institusi kerajaan yang dikenal pasti di Genting Highlands dikecualikan daripada caj jalan raya," menurut LCSB dalam satu kenyataan.

LCSB akan mendaftarkan sehingga dua kenderaan Kelas 1 (kenderaan berdaftar) untuk penduduk tetap Genting Highlands yang layak, nikmati kadar keutamaan 10 peratus lebih rendah daripada kadar biasa
Menurut LCSB, kadar tersebut akan berkuat kuasa 28 Jun ini di mana pengguna yang layak perlu menggunakan Lorong LPR/Lorong Khas.
"Kenderaan berdaftar tidak akan dikenakan sebarang caj sebelum 28 Jun, 2026," katanya.
Sebagai tambahan, LCSB akan memperkenalkan skim pas bermusim selama enam bulan untuk penduduk tetap berdaftar.
Pas bermusim ini akan melayakkan pemegang masuk tanpa had ke Jalan Genting Highlands sepanjang tempoh sah laku melalui Lorong LPR atau Lorong Khas dan mendapat kemudahan lebih baik dan penjimatan kos yang ketara.
"Penduduk tetap yang berminat boleh mendapatkan pas bermusim dengan mengemukakan permohonan dan membuat pembayaran diperlukan," tambahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via