Penggunaan Vuvuzela Di Stadium Diharamkan FIFA Ketika Piala Dunia

Keputusan dilakukan menerusi kod tatakelakuan stadium.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NST & Independent

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuat keputusan mengharamkan vuvuzela di semua stadium Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada

Menerusi laporan Reuters, selain vuvuzela, wisel, hon udara serta peranti lain yang menghasilkan bunyi terlalu kuat turut dilarang di semua 16 venue Piala Dunia mengikut kod tatakelakuan stadium FIFA.

Peralatan yang mengeluarkan pancaran laser, penunjuk laser atau sebarang alat seumpamanya juga tidak dibenarkan.

Vuvuzela merupakan sejenis hon plastik panjang yang sinonim dengan perlawanan bola sepak di Afrika Selatan, menjadi fenomena global ketika Piala Dunia edisi 2010 di negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia turut menerima kritikan kerana bunyinya yang berterusan dan sering disamakan dengan dengungan sekumpulan lebah.

SAYS.com
Image via VOI

Tingkah laku yang dilarang turut menyatakan cat badan dan tatu badan tidak dianggap sebagai pakaian

Berlari tanpa pakaian, mendedahkan tubuh atau menanggalkan pakaian sehingga memperlihatkan anggota sulit juga adalah dilarang sama sekali.

FIFA turut mengharamkan penonton daripada membawa botol air yang boleh diguna semula dibawa masuk ke dalam stadium atas faktor keselamatan.

Menurut kod tatakelakuan stadium, individu yang melanggar peraturan boleh dinafikan kemasukan atau diarahkan keluar dari stadium.

Piala Dunia edisi kali ini akan melibatkan 48 pasukan negara di bawah penganjuran bersama oleh AS, Mexico dan Kanada akan berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai ini.

Mexico akan membuka tirai kejohanan dengan menentang Afrika Selatan pada 11 Jun hadapan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: