Pengkaji Kanser Kongsi Sembur Minyak Wangi Di Leher Mungkin Bawa Padah, Ini Sebabnya

Hati-hati semua.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @healthwana (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda sering menyembur minyak wangi pada leher, anda mungkin perlu berhati-hati

Menerusi sebuah perkongsian personaliti media sosial yang juga merupakan seorang pengkaji kanser, @healthwana menerangkan antara kesan yang boleh diterima pengguna jika berbuat demikian.

"Banyak kajian mula menunjukkan kebimbangan bahawa sesetengah bahan dalam minyak wangi seperti phthalates, kasturi sintetik (synthetic musks) dan sebatian haruman lain boleh mengganggu fungsi hormon badan.

"Ini tidak bermakna setiap minyak wangi itu berbahaya atau terus menyebabkan penyakit, tetapi ia menyokong langkah untuk mengurangkan pendedahan yang tidak perlu.

"Bahagian leher juga perlu diberi perhatian. Kulit di leher agak nipis, mempunyai banyak saluran darah, dan berada berdekatan dengan kelenjar tiroid," tulisnya.

SAYS.com
Image via Instagram

Kesan yang mungkin muncul dalam jangka masa panjang

Menurutnya, masih tiada bukti sains menunjukkan bahawa menyembur minyak wangi di leher secara spesifik merosakkan tiroid namun, apa yang belum pasti adalah kesan pendedahan yang terkumpul selama bertahun-tahun.

"Satu lagi laluan pendedahan adalah melalui pernafasan. Setiap kali anda menyembur minyak wangi, cecair itu menjadi semburan halus (aerosol) yang disedut ke dalam saluran pernafasan. Maksudnya, bahan kimia haruman boleh masuk ke dalam badan melalui dua cara: paru-paru dan kulit.

"Mesej utamanya bukanlah untuk membuatkan anda takut memakai minyak wangi, tetapi untuk memberikan kefahaman bahawa pendedahan kecil setiap hari daripada pelbagai produk boleh terkumpul dalam tempoh berpuluh tahun.

"Mengurangkan penggunaan mana-mana yang praktikal adalah langkah yang masuk akal dan berasaskan bukti sains," jelasnya.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: