seismik

Peniaga Dikompaun RM200 Lepas Tular Individu Pertikai Jual Air Mineral RM10 Sebotol

Ia selepas tular mengenakan caj RM10 untuk sebotol air mineral bersaiz kecil.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan mengenakan kompaun RM200 ke atas pemilik sebuah kedai makan di Lukut

Ia selepas seorang pengguna terkejut apabila perlu membayar RM10 bagi sebotol air mineral bersaiz kecil di kedai makan berkenaan.

Individu tersebut telah mempersoalkan di laman Facebooknya mengenai harga itu kepada pemilik premis, namun alasan diberi harga air mineral itu mahal kerana jenamanya.

"Assalamualaikum nak tanyalah...mineral water sebotol RM12...terkejut aku ni ha...cakap dengan owner, dekat kedai serbaneka tidak sampai RM10.

"Dia kata tidak mengapalah dia bagi RM10. Dia tak tahu harga staf dia beli. Staf dia kata air ini jenama baik punya. Aku ini kaki minum mineral, tiadalah harga sampai RM12 sebotol cik oi," tulisnya

Image via Sinar Harian

Menerusi kenyataan di Facebook, Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, kompaun serta-merta telah dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

KPDN menerima maklumat awam berkaitan air mineral bersaiz 1.25 liter yang dijual dengan harga RM10.

"Berikutan aduan tersebut, sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Port Dickson telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis tersebut pada jam 11 pagi Rabu," katanya.

Menurutnya, operasi diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Mohd Zaihiri Tambi Adam mendapati premis berkenaan telah gagal meletakkan tanda harga pada air mineral yang dipamer untuk jualan.

Tambahnya, kesalahan ini telah melanggar Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020.

"Peniaga dinasihatkan supaya meletakkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan yang dijual untuk mengelakkan kekeliruan sekali gus memudahkan pengguna membuat pembelian secara berhemah," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: