seismik

Peniaga Non-Muslim Yang Salah Guna Simbol Islam Bakal Disaman RM1 Juta - KPDN

Admin sokong tindakan ini.

Cover image via Bisnes Untuk Dijual

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peniaga bukan Islam kini berada di bawah pemerhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas diberi amaran keras berhubung penyalahgunaan simbol Islam untuk mengaburi mata pelanggan Muslim

Menurut laporan Malay Mail, KPDN menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah menggunakan simbol Islam seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, atau ayat-ayat suci Al-Quran untuk memperdaya pengguna Muslim.

Mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, peniaga yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bukan sahaja peniaga bukan Islam, malah peniaga Muslim juga tidak terkecuali.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tripadvisor

Penggunaan istilah 'halal' tanpa sijil halal sah adalah satu kesalahan serius

Selain itu, semua perniagaan perlu mendapatkan sijil halal terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan istilah, simbol, atau sebarang bentuk pemasaran yang membuktikan produk mereka sebagai halal.

Sekiranya peniaga melanggar undang-undang tersebut, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011.

Menurut KPDN lagi, menggantung ayat suci Al-Quran atau menggunakan visual seperti Kaabah dan masjid untuk menarik perhatian pembeli Muslim adalah satu tindakan menipu.

Perkara itu menjadi perhatian selepas soalan diajukan oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang ingin tahu langkah yang diambil untuk menangani isu berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: