Pening Sebab Anak Selalu Tantrum Di Tempat Awam? Cuba Atasinya Dengan 5 Kaedah Ini
Kebiasaannya, fasa tantrum ini berlaku ketika anak berusia 1 hingga 3 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap ibu bapa pasti akan melalui fasa di mana anak sering tantrum semasa mereka sedang membesar
Tambahan lagi apabila mereka berusia lingkungan dua hingga tiga tahun. Ketika itu, mereka sedang belajar untuk memahami emosi dan agak sukar mendengar kata.
Oleh itu, ibu bapa perlulah lebih banyak bersabar dengan karenah tantrum anak-anak yang boleh terjadi pada bila-bila masa saja.
Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi lima cara untuk mengatasi masalah tantrum anak yang mungkin dapat membantu ibu bapa di luar sana untuk mengawal keadaan jika berlaku di tempat awam.
Melalui laman web Hello Doktor, seorang lelaki yang merupakan bapa tunggal berkongsi cara berkesan untuk mengawal tantrum anaknya.
1. Peluk jika anak sedang tantrum
Memeluk boleh membantu dalam mengatasi anak tantrum teruk. Apabila anak anda menangis tanpa henti, inilah waktu yang terbaik untuk memeluk mereka. Secara psikologi, anak anda akan berasa aman dan selamat. Memeluk juga boleh meningkatkan kualiti bonding serta belajar menghargai sejak kecil.
2. Guna kaedah time-out
Ibu bapa perlu memberi penjelasan kepada anak tentang kaedah dan tujuan melakukan hukuman, iaitu dengan melaksanakan time-out jika anak melakukan tindakan negatif.
Contohnya, menghindari daripada berbincang dan berkomunikasi dengan anak selama proses hukuman berlangsung.
Kaedah ini dapat menjadi terapi buat anak yang berperilaku negatif seperti suka menjerit, melawan dan tidak mematuhi arahan.
Teknik ini perlu dilakukan dengan konsisten dan bersesuaian mengikut usia anak. Untuk anak berusia 1 tahun, time-out disarankan adalah 1 minit. Manakala 2 tahun ialah 2 minit. Hukuman maksimum adalah 7 minit mengikut usia anak.
Ibu bapa perlu memberi penjelasan kepada anak tentang kaedah dan tujuan melakukan hukuman, iaitu melaksanakan time-out jika anak melakukan tindakan negatif.
Tujuan melakukan time-out adalah untuk melatih anak tantrum teruk agar berdisiplin dan mengubah tingkah laku negatif mereka menjadi positif. Secara tidak langsung, tantrum akan berkurangan dan dapat membantu anak mengawal emosi diri.
3. Terapi permainan puzzle
Bermain adalah aktiviti normal setiap kanak-kanak untuk mengembangkan kemahiran bahasa, komunikasi dan sosial, cara membuat keputusan serta perkembangan emosi dan kognitif mereka.
Dengan terapi permainan ini, kanak-kanak akan berasa selesa dan gembira sehingga tidak menyedari bahawa mereka sedang diberikan terapi.
Seperti contoh, ibu bapa boleh memberikan puzzle untuk anak bermain kerana banyak manfaatnya untuk si kecil.
4. Terangkan akibat
Bila anak terus-menerus tantrum, ibu bapa harus menekankan kepentingan untuk memberitahu anak akibat jika mereka berterusan mengamuk.
Sebagai contoh, terangkan kepada anak jika tidak berhenti, mereka tidak boleh bermain iPad, tidak boleh keluar ke taman dan sebagainya.
Namun, jangan gunakan kaedah mengugut pula, kerana ia akan menyebabkan trauma kepada mereka.
5. Tidak mempedulikan kalau anak tantrum teruk
Walau bagaimanapun, semasa menjalankan hukuman buat anak, ibu bapa masih perlu memerhatikan mereka dari jauh.
Teknik ini cukup efektif untuk mengatasi tingkah laku anak yang gemar mencari perhatian kerana dapat menghilangkan atau mengurangkan kemarahan si kecil sepanjang hukuman berlangsung.
Cara terakhir, ibu bapa boleh biarkan mereka mengamuk dahulu sehingga mereka cool down sendiri. Kemudian, baru tenangkan mereka semula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!