"We Listen & We Don't Judge" - Ain Edruce Kantoi Bagi Mirul Makan Plastik Senduk Cair
Tak apalah, benda pun dah hadam kan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah trend challenge di media sosial yang dinamakan 'We Listen & We Don't Judge'
Cara bermain challenge itu adalah seseorang perlu memberitahu rahsia terbesarnya yang mengaibkan di depan orang ramai dan mereka yang mendengarnya tidak boleh membuat muka atau judge apa-apa.
Tidak terkecuali dengan pengacara dan pelakon Ain Edruce turut mencuba bermain challenge itu dengan suaminya, Amirul.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Ain, kelihatan mereka berdua saling bertukar giliran memberitahu rahsia masing-masing.
Namun, apa yang menghiburkan dan membuat ramai terkejut adalah apabila Ain mendedahkan dia pernah memberi Amirul makan lauk telur yang di dalamnya terdapat plastik senduk yang sudah cair.
Malah, reaksi muka Amirul yang sentiasa kelakar dan blur turut membuatkan ramai warganet ketawa serta meninggalkan komen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!