Lelaki Pergi Berkelah Naik Basikal Keliling Malaysia, 'Bike Packing' Naik KTM Je!
Best juga travel macam ini kan?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang ada cara tersendiri untuk pergi melancong kemana-mana tempat
Ada yang suka naik kapal terbang, ada yang lebih memilih untuk memandu, ada juga yang suka menaiki kereta api untuk ke destinasi percutian mereka.
Namun, baru-baru ini seorang lelaki berkongsi pengalamannya pergi berkelah keliling Malaysia dengan hanya menunggang basikal.
Apa yang lebih menarik lagi, dia menggunakan Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk menuju dari satu tempat ke tempat lain.
Dapat teroka air terjun, sungai, pusat rekreasi dan laut
Menerusi perkongsian daripada @kaerumy, lelaki itu berkongsi route yang digunakannya untuk ke setiap air terjun dan sungai.
Air Terjun Serendah
"Air Terjun Serendah adalah perjalanan yang paling singkat. Hanya 13km dari stesen KTM Serendah".
Sungai Sabak Bernam
"Sebenarnya Sungai Sabak Bernam dan tapak perkhemahan adalah perjalanan yang lebih singkat, hanya 10km perjalanan pergi dan balik dari KTM Tanjung Malim.
Terdapat beberapa tapak perkhemahan serta beberapa tempat di mana orang ramai boleh mengakses sungai".
Sungai Tua Recreational Forest
"Anda juga boleh sampai ke Hutan Lipur Sungai Tua dari stesen KTM Batu Caves. Ia hanya 5km dari stesen, tetapi terdapat beberapa pendakian yang curam.
Sebagai alternatif, jika anda ingin melakukan senaman mendaki bukit anda boleh mendaki Ulu Yam dengan menaiki dari KTM Batang Kali -> Sungai Tua -> KTM Batu Caves".
PD Forest Sungai Menyala
"Ini adalah untuk penunggang ketahanan yang lebih suka jalan mencabar. Anda boleh sampai ke PD Forest Sungai Menyala dari KTM Sungai Gadut dan ke Port Dickson jika mahu.
"Cadangan saya untuk laluan ini adalah perjalanan awal pagi ke PD. Bermalam atau berkhemah di tepi pantai dan kemudian berbasikal semula ke stesen pada keesokan harinya".
Port Klang
"Bonus. Malangnya kurang dibangunkan. Satu-satunya stesen kereta api bandar tepi laut ialah KTM Port Klang. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana, dan anda tidak perlu berbasikal jauh untuk melihat laut.
"Anda boleh menaiki feri ke Pulau Ketam jika mahu. Majlis Bandaraya Pelabuhan Klang memang patut bangunkan tempat ini".
Haa, siapa yang suka berbasikal tu apa kata korang cuba travel cara brother ni pula? Nampak macam seronok! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!