seismik

Penjawat Awam Negeri Diminta Pakai Kain Benang Johor Setiap Hari Jumaat Mulai Tahun Depan

Langkah itu bertujuan mempromosi Kain Benang Johor sebagai hasil kraf negeri kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Cover image via Berita Harian & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mulai tahun depan, penjawat awam negeri Johor diminta memakai baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor sebagai baju kerja pada setiap hari Jumaat

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata langkah itu bertujuan untuk mempromosi Kain Benang Johor yang merupakan hasil kraf negeri kepada pelancong tempatan dan luar negara.

"Pemakaian oleh pegawai kerajaan merupakan satu strategi promosi untuk memperkenalkan produk Kain Benang Johor. Produk kraf tangan berkenaan kini semakin dikenali dan diminati," katanya.

Image via Berita Harian

Selain itu, Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan menawarkan bidang tenunan dalam program pendidikan Perintis Seni Johor bermula tahun depan sebagai usaha mencari bakat dan tenaga mahir dalam bidang itu.

Program tersebut bakal dilaksanakan selama tiga bulan atau 12 minggu berdasarkan modul yang disediakan oleh jabatan dalam bentuk latihan asas kepada pengenalan dan penghasilan produk tenunan berkaitan Kain Benang Johor.

"Sebagai permulaan, program ini menyasarkan 20 belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat dalam bidang kraf tangan. Melalui inisiatif ini, kita dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Johor dan meningkatkan penghasilan produk kraf negeri bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2026.

"YWJ tidak hanya tumpu kepada latihan jangka masa pendek ini, tetapi juga dikembangkan lagi dengan program pengembangan kerjaya melalui kolaborasi bersama Institut Kraf Negara untuk melahirkan tenaga kerja pakar dalam bidang tenunan selain melahirkan adiguru kraf pada masa depan," katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 873 helai Kain Benang Johor telah dihasilkan di Galeri Tenun Johor yang terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru sejak 2018 hingga Oktober tahun ini

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar

Image via Sinar Harian

"Galeri Tenun Johor kelolaan YWJ mempamerkan dan menghasilkan produk Kain Benang Johor, iaitu satu daripada produk kraf tangan beridentitikan Johor. Terdapat lapan penenun menghasilkan produk Kain Benang Johor di galeri yang dirasmikan pada 2018. Galeri ini telah menerima 14,660 pengunjung setakat bulan lepas," katanya.

Menurut beliau, bersempena dengan Tahun Melawat Johor, YWJ merancang untuk mengadakan peragaan fesyen bagi produk Kain Benang Johor menerusi kerjasama dengan pereka fesyen terkenal.

"Peragaan ini tidak hanya terhad pada pemakaian, tetapi juga ia akan dihasilkan dalam pelbagai produk, seperti pemakaian samping, baju tradisonal Johor, aksesori wanita dan lelaki, kusyen serta perabot," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: