seismik

Pensyarah USM Dinobat 'Komunikator Sains Terbaik Dunia', Kalahkan 12 Negara Lain!

Beliau telah menewaskan finalis dari Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal.

Cover image via Twitter @mightmalaysia

Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah telah dinobatkan sebagai ‘Komunikator Sains Terbaik Dunia’ pada pertandingan Fame Lab peringkat antarabangsa ke-11 di The Arena, Cheltenham, United Kingdom

Dr. Siti Khayriyyah, 33, berjaya menambat hati panel juri dan memukau beratus-ratus penonton di The Arena, melalui pembentangan berkenaan penggunaan pasangan antibodi-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.

Pensyarah muda tersebut telah bersaing dengan 12 finalis dari pelbagai negara seperti Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal, sebelum muncul sebagai johan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat itu sebelum ini menjuarai saingan Fame Lab peringkat kebangsaan setelah menewaskan sembilan saintis muda tempatan, menjadikan beliau wakil Malaysia di saingan peringkat akhir.

The Cheltenham Science Festival adalah acara yang berlangsung selama enam hari membabitkan bidang sains, kejuruteraan dan seni

Image via Soglos

Festival itu menemukan ahli saintis dari seluruh dunia dengan orang ramai untuk mengadakan sesi perdebatan, membuat eksperimen sains dan lain-lain.

Fame Lab International pula merupakan pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains secara kreatif dan  mudah untuk difahami oleh para penonton selama tiga minit.

Setiap persembahan dinilai berdasarkan kandungan, kejelasan dan karisma.

Kemahiran penyampaian secara lisan ini adalah salah satu cabang dalam komunikasi sains bertujuan menarik minat umum terhadap topik sains dan teknologi yang sering kali dianggap sebagai sesuatu yang rumit dan tidak menyeronokkan di kalangan orang awam.

Image via Majalah Sains

Dr. Siti Khayriyyah adalah rakyat Malaysia kedua yang memenangi gelaran itu yang sebelum ini telah disandang oleh Dr. Abhi Veerakumarasivam dari UPM

Pada tahun 2016, Dr. Abhi Veerakumarasivam dari Universiti Putra Malaysia (UPM) diisytiharkan sebagai juara Fame Lab International, apabila dia mengalahkan pemenang kebangsaan dari lebih 25 negara.

Fame Lab dibawa ke Malaysia pada tahun 2015 oleh British Council dengan kerjasama Malaysian Industry-Group untuk Teknologi Tinggi.

Boleh dengar pembentangan Dr Siti Khayriyyah di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi rakyat Malaysia telah membanggakan negara:

You may be interested in: