seismik

[VIDEO] Penuh Lebam Satu Badan, Wanita Kongsi Hidap Sakit Uri Melekat Selepas Bersalin

Habis biru satu lengan.

Cover image via @ekasazeli (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengorbanan seorang wanita sebagai isteri dan ibu memang sangat besar

Iyalah, hampir 24 jam mereka perlu memikirkan persiapan dan kelengkapan buat setiap ahli keluarga tanpa mengungkit rasa penat dan lelah.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita yang menunjuk tanda lebam-lebam pada tubuhnya di dalam sebuah wad hospital telah mencuri tumpuan.

Lihat video itu di bawah:

@ekasazeli Tq Htar. Now masih dalam ward. Tunggu masa nak balik. Sakit sgt. Jgn la ada mommies yang lalui uri melekat ya allah. Kasihani la semua ya Allah. #urimelekat #pptype4 #palacentaincreta #recoveryprocess #majoroperation #Htarklang #fyp #viraltiktok #masukberanda original sound - Jule

Banyak tanda bengkak dan lebam pada lengan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @ekasazeli di TikTok, rakaman itu menunjukkan tanda lebam pada lengannya akibat simptom daripada uri melekat.

Wanita itu yang kini ditahan di wad hospital turut berkongsi rasa sakit yang teramat dan mendoakan agar para ibu diluar sana dipermudahkan urusan bersalin.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama sepertinya dan ada yang trauma ingin bersalin lagi.

"Saya yang lelaki pun takut tengok" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mendoakan agar wanita itu segera sembuh daripada rasa sakit itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 3.8M tontonan, 150.6K tanda suka dan 4.9K komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga para ibu di luar sana diberikan kekuatan :')

Image via TUMBLR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: