Penyu Belimbing Kembali Bertelur Buat Kali Kedua Di Rantau Abang, Terengganu Bulan Ini

Difahamkan, penyu berkenaan dipercayai naik ke pantai untuk bertelur antara jam 1.30 hingga 2.30 pagi.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas dikesan mendarat di Pantai Pasir Putih, Marang pada 1 September lalu, seekor penyu belimbing sekali lagi kembali ke pantai Terengganu untuk bertelur, kali ini di Pantai Rantau Abang

SAYS.com
Image via Discovery Terengganu (Facebook)

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Pang Nyukang berkata, penyu berkenaan dipercayai naik ke pantai untuk bertelur antara jam 1.30 hingga 2.30 pagi tadi.

Menurutnya, pemajak telur menemui kesan penyu merangkak dan 'mandi pasir' kira-kira jam 4 pagi sebelum menggali sarang dan menemukan sebanyak 81 telur penyu belimbing.

"Penyu Belimbing ini dipercayai penyu sama bertelur dua minggu lalu di Pantai Pasir Putih dengan menghasilkan 44 biji telur," katanya.

Pemeriksaan dan pengukuran yang dilakukan kakitangan Jabatan Perikanan mendapati telur berkenaan bersaiz kira-kira lima sentimeter

SAYS.com
Image via Discovery Terengganu (Facebook)

Kesemua telur kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk dieram di Hatcheri Pusat Konservasi Penyu, Rantau Abang.

Telur tersebut dijangka mengambil masa antara tujuh hingga sembilan minggu atau sekitar 50 hingga 70 hari untuk menetas.

Kehadiran penyu belimbing itu turut mencuri perhatian kerana spesies berkenaan kembali mendarat dan bertelur di pantai Terengganu selepas kali terakhir dikesan pada 2017.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: