seismik

“Shopping Macam Tak Ada Akal” - Inilah Perangai Buruk Sesetengah Orang Kita Bila Ada Sales

Wahai rakyat Malaysia, bawa bertenanglah semua!

Cover image via SAYS via Farah Amin/Facebook

Baru saja masuk minggu kedua bulan Ramadan, orang ramai sudah memulakan misi pencarian baju raya

Seperti biasa, tatkala tiba saja waktu perayaan pastinya akan terdapat begitu banyak sales di gedung-gedung pakaian berjenama di seluruh negara. Waktu inilah semua orang tak nak lepaskan peluang untuk berbelanja sakan supaya boleh bergaya di hari raya nanti.

Image via giphy.com

Tetapi apa yang mendukacitakan adalah sikap buruk sesetengah rakyat Malaysia apabila adanya sales besar-besaran

Seperti yang dilaporkan Farah Amin pada akaun Facebook miliknya semalam, dia sangat terperanjat melihat keadaan butik pakaian berjenama H&M sewaktu dia ingin membeli-belah di sana.

Kejadian seperti ini terjadi disebabkan H&M kini menjalankan jualan murah besar-besaran sempena Aidilfitri nanti. Baca luahan Farah di bawah:

Aku tahu H&M tengah sales gila2. Tapi korang kalau pergi shopping tu jadi lah pembeli yang berhemah sikit. Aku pergi H&M tadi ya Allah kesian wey. Memang dah nama pon keje dia tp pikir la jugak. Staff tu pon manusia, puasa lagi. Sama je mcm kita. Bukan binatang kau nak panggil woi woi tolong amik baju. Tak cukup tangan budak tu nak layan org ni org tu. Semua tak reti sabar. Kalau dah nampak mcm tu punya ramai manusia, please consider. Self service atau pon sabar kejap. Staff mesti tolong. Nak bayar tolong beratur.

facebook.com

Reminder utk mak ayah yang nak shoping barang2 anak. Fitting room ade pergi la try. Ni kau try kt floor dah satu hal, lepastu bila taknak, kau tinggal je kt atas lantai macam tu je. Macam kat rumah kau buat. Kau dah jadi mak bapak kot. Takkan lah takbole pikir adab. Bila staff kerek ke takde mood ke kau marah pulak staff tu. Padahal org tu da penat kemas kasi elok nak kasi senang semua org shopping. Tapi kau orang shopping mcm takde akal. Sabar. Tak hilang pn H&M tu. Tak sempat harini, esuk datang lagi. Rasa malas nak beratur sbb ramai sangat kt fitting room? Beli dulu. Balik rumah try. Tak ngam bole tukar. H&M ade exchange & return policy. Bole baca kt website H&M. Tolong educate diri sebelom pergi shopping. Kau tahu pukul 10 mall tutup, jangan lah dtg pukul 10. Staff pon ade rumah nak balik makan, mandi, rehat. Tak kisah la mana2 pon kau nak shoping selain H&M. Tolong jaga adab.

facebook.com

Orang ramai yang melihat post tersebut turut terkesan dan berasa geram. Mana tidaknya, baju kasut dan sebagainya semua dalam keadaan bersepah.

"Aku tengok macam nak sepak je!"

"Lain kali H&M bentang je canvas. Tabur je baju tu"

"Inilah namanya beruk masuk bandar!"

Kami harap semoga teguran dan luahan Farah ini membuka mata orang ramai di luar sana. Ingat ya, bukan anda seorang saja yang ingin beraya. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Viral sebelum ini:

You may be interested in: