seismik

"Periksa Kemaluan Pelajar Perempuan Untuk Kepastian Datang Haid" - Tidak Wajar Jelas Mufti

Perkara ini merupakan gangguan seksual.

Cover image via Malaysiakini & Odisi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan mendidik pelajar untuk solat merupakan perkara yang wajib

Ibu bapa atau guru bertanggungjawab untuk memastikan anak atau pelajar mereka solat lima waktu. Baru-baru ini, tular berita tentang pengalaman pelajar wanita di sesetengah sekolah yang mengalami gangguan seksual. Namun begitu, perkara ini tidak membenarkan segelintir guru untuk memeriksa kemaluan pelajar perempuan ketika mereka datang haid. 

Tindakan pihak sekolah yang melakukan pemeriksaan kemaluan para pelajar perempuan merupakan perkara yang telah melampaui batas. Hal ini demikian kerana, setiap orang mempunyai maruah diri yang perlu dijaga dan dihormati oleh orang lain, termasuk hak untuk menutup bahagian sulit untuk dilihat oleh orang lain. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jalan Kami

Islam tidak mengajar kita untuk berbuat sedemikian

Mufti menjelaskan bahawa agama Islam melarang umatnya untuk melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut supaya pelajar-pelajar ini tidak berdalih untuk solat. 

Merujuk kepada Malaysiakini, mufti Wan Salim berkata bahawa Islam sememangnya mewajibkan ibu bapa untuk mendidik anak supaya solat sehinggakan mereka mempunyai hak untuk memukul secara lembut. 

Perkara ini tidak bererti kita boleh untuk memeriksa kemaluan para pelajar perempuan. Tiada siapa pun yang boleh melihat aurat seorang perempuan kecuali suaminya yang sah. 

Mufti tersebut juga mengatakan bahawa terdapat pelbagai cara lagi untuk mendapatkan kepastian sama ada pelajar itu benar-benar datang bulan. 

Image via Malaysiakini

Tolong jangan rumitkan keadaan kerana Islam itu mudah okay :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: