seismik

Gangguan Seksual Seperti Mencabul & Meraba Masih Berleluasa Di Sekolah Berasrama

This is not okay!

Cover image via Free Malaysian Today & @TerryDieHeiden (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gangguan seksual sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita, malah ia boleh berlaku di mana-mana saja

Contohnya seperti di rumah, tempat kerja mahupun di sekolah. Apabila sesuatu gurauan sudah melampuai batas sehingga menimbulkan ketidakselesaan dan ketidakpuasan hati oleh mana-mana pihak, ia boleh dikira sebagai sexual harrasment!

Baru-baru ini tular posting berkenaan sekumpulan pelajar di asrama yang mengalami gangguan seksual seperti diraba dan dicabul oleh warden dan guru di sekolah. Perkara ini sangat tidak wajar berlaku di alam persekolahan.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Dicabul dan diraba kerana tidak berpuasa pada bulan Ramadan

Terdapat pelajar yang sedang datang haid dan tidak berpuasa ketika itu, namun perkara itu tidak dipercayai oleh warden dan guru mereka. Oleh itu, warden dan guru bertindak untuk meraba sama ada mereka memakai tuala wanita atau tidak untuk membuktikan mereka datang haid.

Perkongsian bebenang oleh @TerryDieHeiden di Twitter telah membuka lagi peluang para pelajar yang pernah mengalami gangguan seksual untuk dikongsikan bersama. Perkara ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran yang gangguan seksual bukan satu perkara yang boleh dipandang enteng. 

Berikut di bawah merupakan pengalaman pelajar yang pernah mengalami gangguan seksual: 

Hasil tinjauan perkongsian pelajar yang pernah dicabul ini mendapati bahawa ada dalam kalangan mereka bukan saja dicabul oleh guru dan warden perempuan, malah guru lelaki juga

Gangguan seksual merupakan satu perkara serius yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak. Jika anda pernah mengalami kes-kes seperti di atas, segera laporkan kepada badan yang berautoriti untuk tindakan yang seterusnya!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mykmu

Hubungi Women Centre fo Changes atau All Women’s Action Society (AWAM) untuk laporkan kejadian gangguan seksual yang dialami. 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: