seismik

"Dia Sauk Aku Punya ..." - Lelaki Kongsi Detik Hitam Kena Gangguan Seksual Oleh Lelaki Tua

Benda ni memang tak boleh buat main.

Cover image via Twitter @yourbuffbuffboi

Zaman sekarang ini, kes gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja baik lelaki mahupun wanita

Mungkin sebelum ini kes gangguan seksual lebih sinonim kepada kaum wanita sahaja. Tetapi lain pula masa kini di mana kaum adam pun turut tidak terlepas menjadi mangsa seksual, malah angka itu semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 257 lelaki menjadi mangsa gangguan seksual daripada keseluruhan 1,218 kes yang dilaporkan dari tahun 2013 hingga 2017.

Terbaru, seorang lelaki bernama Aus menceritakan detik hitam di mana dia didatangi oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali ketika di dalam tandas

Menurut perkongsian Aus di Twitter, dia yang ketika itu sedang mencuci mukanya di bilik air tiba-tiba didatangi oleh dua orang lelaki.

Aus berkata dua lelaki tersebut cuba untuk merapatinya sedikit demi sedikit.

Aus pada mulanya enggan berfikir yang bukan-bukan dan meneruskan sahaja urusan mencuci muka, sehingga terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka

Lelaki tersebut tetap mengekorinya namun Aus berjaya meloloskan diri dan meminta bantuan seorang rakan

Dalam masa yang sama, Aus menerusi bebenang tweet berkenaan turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling ketika berada di tempat awam.

Mujur tiada apa yang buruk berlaku kepada Aus

Selepas tweet tersebut viral, terdapat beberapa orang berkongsi pengalaman mereka diganggu secara seksual menerusi direct message kepada Aus

Aus turut berkongsi screenshot perbualannya bersama beberapa individu berkenaan.

Memang benar, perkara ini tidak boleh dibuat main dan boleh memberi kesan trauma seumur hidup kepada mangsa.

Akhir sekali, Aus turut menasihati orang ramai agar tidak terus pukul rata golongan LGBT

Menurut Aus, bukan semuanya terdesak seperti lelaki tersebut. Bahkan, gangguan seksual turut boleh berlaku kepada mereka.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kat mana-mana pun boleh kena:

You may be interested in: